Hiburan

“Kalau In The Future I Dengan Aliff Berbaik..” - Sarah Yasmine Sentiasa Sokong Bella Astillah

gempak
Umirah Halim
02/05/2024
10:00 MYT
Sponsor Banner
“Kalau In The Future I Dengan Aliff Berbaik..” - Sarah Yasmine Sentiasa Sokong Bella Astillah
Kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine mendedahkan bahawa dia akan sentiasa memberi sokongan kepada isteri dan adik ipar Aliff Aziz, Bella dan Didi Astillah.
Menerusi tangkap layar perbualan antara adik kepada Bella, Didi, dia mengatakan bahawa dia tidak akan melakukan perkara yang tidak baik kepada Didi dan Bella.
Sementara itu, perkongsian yang telah dibuat oleh Sarah itu difahamkan telah dibuat bagi menjernihkan spekulasi liar tentang dirinya dan Bella.
Terdahulu, Sarah menjadi sebutan ramai selepas mengaku sebagai kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz.
Dia berani berbuat demikian kepada umum selepas melihat kekasihnya teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 8 Mac lalu.
Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa Ruhainies menghasut Aliff demi menjatuhkan isteri sendiri iaitu Bella Astillah.
Selain itu, ramai juga yang terpalit dengan kontroversi ini setelah dipetik nama menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsi oleh Sarah termasuk Caprice, Emma Maembong dan Chaca Maembong, Meerqeen dan Sophia AlBarakbah.

Berita Trending: “Aliff Suka Plan Date Dekat…” Individu Tanpa Nama Ini Dedah…

Berita Trending: Isu Halau Sarah Yasmine, ‘Mok Cun’ Diperli Warga Singapura Jual…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live