Hiburan

“Kalau Jumpa Saya Tak Payahlah Tanya Ini Anak Yang Sumbing Tu Kan?” - Isteri Lan Solo Luah Rasa Terkilan

gempak
Fiza Kamarudin
12/02/2020
23:52 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Jumpa Saya Tak Payahlah Tanya Ini Anak Yang Sumbing Tu Kan?” - Isteri Lan Solo Luah Rasa Terkilan
Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim meluahkan rasa terkilan terhadap sesetengah individu yang kurang peka dengan kekurangan orang lain.
Sheila menerusi posting di Facebook (FB) berkata, sesetengah individu adakalanya tidak tahu menggunakan masa yang sesuai untuk bertanya tentang anak bongsunya, Nur Amna Quxandra.
Tambahan lagi apabila bertemu empat mata dengan Nur Amna Quxandra atau lebih mesra dipanggil Baby Xandra itu.
Hi aunties & uncles, ya sayalah Baby Xandra yang klef tu. Alhamdulillah saya membesar dengan sihat dan ceria.
“Cuma, kalau aunty uncle jumpa saya depan-depan tak payahlah cakap, “inilah anak Lan yang SUMBING tu kan?”
“Sebab saya baru nak masuk dua tahun hujung bulan nie. Jadi, saya sendiri tak tahu apa jadi kat saya.
“Mungkin bagi aunty uncle tu soalan biasa, tapi bagi saya yang makin membesar ni, saya kena bersedia dengan sekeliling saya.
Its okay untuk bertanya, tapi harap-harap aunty uncle bertanyalah pada tempat sesuai dan kene pada masa.
I'm still young dear uncle aunty.. izinkan saya membesar sama macam anak aunty dan uncle ye,” tulisnya.
Baby Xandra dilahirkan pada 24 Februari 2018 dan menjalani pembedahan sumbing pada bibir Mei tahun lalu.
Selain Baby Xandra, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 itu turut diserikan dengan tiga cahaya mata lain, Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6 dan Muhammad Akid Qassyaff, 5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024