Sebuah filem pendek raya terbitan Gempak dan Astro Shaw berjudul Gerakan Serunding menerima pujian wargamaya apabila menampilkan jalan cerita yang kreatif.

Dikongsi di laman sosial Facebook, iklan berdurasi hampir enam minit ini diterajui oleh pasangan dua sejoli Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.

Gerakan Serunding mengisahkan Siti (Syatilla Melvin) dan Ali (Shaheizy Sam) menyambut Ramadan dalam suasana PKP, teringin untuk berbuka dengan juadah makanan istimewa hasil tangan ibu di kampung iaitu Serunding.



Dalam usaha untuk memujuk isterinya, Ali cuba untuk meniru juadah tersebut tetapi gagal dan membuatkan isterinya bertambah sedih.

Dalam kesulitan, Ali dapat idea di luar normal baharu demi mendapatkan serunding untuk membahagiakan isterinya.

Istimewanya lagi filem pendek raya ini, proses penggambaran yang berlangsung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) melibatkan panggilan video semata-mata.



Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan komen positif terhadap filem pendek raya Gerakan Serunding ini.

“Saya dah tengok mula sampai habis. Seronok!” komen seorang wargamaya.

“Wah kreatif gila tak terfikir langsung,” puji seorang wargamaya.

“Bijak, bijak,” kata seorang wargamaya.



“Kreatif eh, 10km… 10km…” ucap seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, filem pendek raya tersebut telah menerima hampir 315,000 tontonan daripada wargamaya.

Saksikan filem pendek raya Gerakan Serunding kini di laman portal dan sosial Astro Gempak.