Laman Utama

"Kalau Tak Pakai, Rasa Macam Bogel" - Cuba Tutup Uban Penyebab Daphne Iking Bertudung, Dah Jual Semua Baju Seksi

gempak
Amri Hassan
12/04/2022
04:55 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Tak Pakai, Rasa Macam Bogel" - Cuba Tutup Uban Penyebab Daphne Iking Bertudung, Dah Jual Semua Baju Seksi
Pengacara dan pelakon Daphne Iking akhirnya berkongsi cerita transisi penghijrahannya bertudung sejak Oktober tahun lalu.
BACA: "Semoga Istiqomah... Major Love!" - Ramai Puji Imej Daphne Iking Berhijab
Kata Daphnye, 43, pada mulanya dia mula bertudung dengan alasan untuk menutup uban di kepalanya ketika mahu keluar rumah.
"Bapa saya meninggal dunia akibat kanser dan sejak itu saya banyak terlibat dalam aktiviti cancer awareness. Jadi, saya berniat untuk mendermakan rambut saya kepada sebuah organisasi kebajikan kanser.
"Kalau nak tahu rambut saya sangat panjang, lebih paras pinggang dan syarat untuk mendermakan rambut mestilah tidak boleh melakukan sebarang rawatan melibatkan bahan kimia selama enam bulan.
"Tapi, dalam tempoh itu uban saya juga makin jelas kelihatan. Saya tak kisah kalau berada di rumah dengan suami dan anak-anak, tapi apabila berada di luar saya mahu seboleh-bolehnya cuba tutup.
"Nak dijadikan cerita, selepas diberikan kelonggaran keluar rumah, saya perlu hadiri majlis bertemakan warna ungu dan ketika bersiap-siap saya cuba tutup uban saya dengan pakai turban.
"Malangnya saya cuma ada selendang ungu, bila saya cuba gayakan ala-ala Grace Kelly, tudung saya terpeleot sampai ke belakang jadi saya pakai topi selam (diving cap) warna hitam dan padankan dengan selendang itu," ceritanya kepada Gempak.
Langkah berhijab Daphne dipermudahkan, biarpun katanya belum lagi sempurna namun dia akui perasaan janggal setiap kali keluar rumah tanpa tudung.
"Seminggu selepas saya bertudung guna diving cap, saya bergi berenang dan berbikini. Ketika itu rasa macam bogel sangat!
"Seganlah... dah berumur nak pakai macam Halle Berry! Pergi pantai macam tu. Jadi saya pakai baju diving dan perlahan-lahan saya beritahu suami saya nak jualkan semua baju seksi saya.
"Proses bertudung itu saya teruskan sampai Ramadan dan hari raya, bila buka tudung saya jadi janggal.
"Sekarang ini kalau saya keluar rumah tanpa tudung rasa macam bogel. Malah kalau dalam rumah pun ketika sesi temubual virtual saya akan cuba seboleh-bolehnya untuk tutup, paling tidak saya pakai anak tudung dan topi," tambahnya.
Ditanya tentang reaksi suaminya kata Daphne; "Alhamdulillah, dia (suami) menyokong walaupun awal-awal dia tanya saya 'are you sure'?"
Daphne akui bukan mudah untuk kekal istiqamah justeru meminta peminat agar menerima dirinya seadanya dan mahu menumpukan pengisian rohani terlebih dahulu.
Daphne ditemui pada majlis pelancaran Kempen Pelancaran Perjalanan Selamat Kanak-kanak Oleh Ola Oli pada Ahad.
Majlis disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yang Berhormat Datuk Seri Nancy Shukri yang berlangsung di Banquet Hall Kelab Golf Contry Club (KLGCC).
Objektif kempen itu adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar dan mengelakkan daripada terus berkurung di rumah dengan memperkenalkan makanan tambahan yang diperbuat daripada malt coklat.
Turut hadir Pengasas Ola Oli dan Jom Kembara Utan, Dr Nur Shasa Ain Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024