Pelakon popular Nabila Huda berkongsi semula pengalaman melucukan ketika dia mahu bergambar bersama penyanyi Indonesia, Tulus yang mengadakan konsertnya tahun lalu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Nabila sekali lagi berkongsi gambar bersama Tulus namun dia tidak berpuas hati dengan gambar yang diambil.

"Gambar dia, aku amik punya la cantik siap ada moments ketawa-ketawa macam teman lama dari Jakarta.

"Dah la masa 1st time jumpa Tulus, dia tak perasan dia ingat aku pekerja Istana Budaya.

"Kali ni dah dapat gambar berdua, rambut fringe aku buat hal boleh belah pan*** pulak kat tepi tu. Si @niesakhalil ni tak focus ni masa amik gambar!

"Dia bukan tengok aku, dia tengok Tulus je. Haisss failed ah gambar kedua bersama Tulus! Abil dah tawar hatilah kak @opiesofia," tulisnya.

Gambar Dia, Aku amik punya la Cantik siap ada moments ketawa-ketawa macam teman lama dari jakarta..? Dah la masa 1st time jumpa tulus, Dia tak perasan Dia ingat Aku pekerja Istana budaya..Kali ni dah dapat gambar berdua ,rambut fringe Aku buat hal boleh belah pantat pulak kat tepi tu.. Si @niesakhalil ni tak focus ni masa amik gambar! Dia bukan tengok Aku, Dia tengok tulus je.. Haisss failed ah gambar kedua bersama tulus ! Abil dah tawar hati lah kak @opiesofia ??‍♀️?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Nabila dan berharap dia mampu bergambar lagi selepas ini bersama Tulus dengan gambar yang sempurna.

"@ezaura_shahrolnizam: Aku dahla batuk tak berenti, baca caption part rambut ni makin menjadi-jadi batuk aku."

"@zamhalim75: Lain macam pulak belah rambut tu ye. 1st time tau ada fesyen rambut macam tu. hihihi."

"@justrifa: Hahahah teringat drama kat istana budaya last year! Tahun ini masalah rambut pula? Mungkin kali ketiga baru dapat gambar yang sempurna. Hehehe."


Sementara itu jangan lupa untuk menyaksikan Tulus Sewindu Tour - Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 3 Ogos ini di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Tiket dijual dengan harga bermula RM860 sehingga RM160 dan boleh didapati di www.mytickets.asia.