Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Kami Balik Dulu, Nanti Datang Lagi" - Abang Farah Kartini Ziarah Kubur, Wajah Hiba Ibu Bikin Netizen Sebak

Amri Hassan
21/07/2024 01:50 MYT
Abang kepada mangsa bunuh Nur Farah Kartini, Mohd Farizza Azmi Abdullah tampil mengemaskini perkembangan terbaharunya menziarah pusara adiknya di Tanah Perkuburan Kampung Nyuir Manis, Pekan, Pahang pada Sabtu.

Dalam hantaran di Facebook, Farizza dilihat memegang batu nisan kubur Allahyarham Farah dengan menulis kapsyen dalam dialek Sarawak.

"Kmk balit dolok, kelak kmk datang lagik (Saya balik dahulu, nanti datang lagi)," tulisnya.

Perkongsian terbaharu itu dipenuhi dengan ucapan takziah daripada warganet, yang turut mengharapkan keadilan buat Allahyarham Farah.

Sementara itu, kakak ipar kepada Allahyarham Farah turut berkongsi sepotong video bersama anggota keluarganya yang turut berada di lokasi sama.

Dalam hantaran tersebut, ibu Allahyarham Farah kelihatan sugul dan hiba sambil menadah tangan di samping pusara perempuannya.

"Fa, akak hantar mak dengan abang balik dulu ya. Nanti akak bawa mak datang lagi okay,” tulisnya ringkas.



Terdahulu, jenazah Allahyarham Farah Kartini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang, yang juga merupakan kampung kakak iparnya bagi memudahkan urusan.

Bedah siasat mendapati bahawa anak perempuan tunggal daripada enam beradik ini mengalami kereputan pada bahagian dada dan muka memandangkan mayatnya ditemui di kawasan lopak air di ladang kelapa sawit kira-kira jam 6 petang Isnin lalu.

Susulan daripada penemuan mayat mangsa, seorang anggota polis berusia 26 tahun yang juga individu yang dikenali mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan kes berkenaan telah disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BERITA TRENDING: Mayat Farah Kartini Ditemui, Dipercayai Dibunuh Individu Dikenali

BERITA TRENDING: Penjawat Awam Ditahan Bantu Siasatan Pembunuhan Nur Farah Kartini

BERITA TRENDING: Abang Farah Kartini Ke Lokasi Penemuan Mayat

BERITA TRENDING: Suspek Kes Kematian Nur Farah Kartini Direman 7 Hari

BERITA TRENDING: Sahabat Baik Nafi Nur Farah Kartini Ikut Teman Lelaki Ke Thailand - “Kalau Tak Ada Benda Baik Nak Cakap Better Jangan, Boleh Guris Hati Keluarga”

BERITA TRENDING: Suspek Bunuh Farah Kartini Adalah Teman Lelaki, Seorang Anggota Polis

BERITA TRENDING: Kes Bunuh Farah Kartini: Penduduk Kampung Gempar Selepas Penemuan Mayat

BERITA TRENDING: Polis Siasat Menyeluruh Motif Pembunuhan Nur Farah Kartini

BERITA TRENDING: Mayat Hampir Reput, Nur Farah Kartini Dipercayai Sudah Meninggal Dunia Beberapa Hari - “Belum Dapat Dipastikan Kecederaan Yang Ada”

BERITA TRENDING: "Pasal Lelaki Itu Saya Tak Tahu Apa-Apa" - Abang Farah Kartini

BERITA TRENDING: "Mati Rasa Hanya Kerana Dikecewa & Disia-Sia" - Farah Kartini

BERITA TRENDING: Kronologi Kes Bunuh Nur Farah Kartini

BERITA TRENDING: [VIDEO] Rakan Dedah Momen Terakhir Farah Kartini, Lambaian Terakhir Buat Ramai Sebak - "Tak Percaya Ayat Terakhir Awak Untuk Kami"

BERITA TRENDING: "Silap Anak Saya, Dia Tidak Membuat Laporan Polis Bila Diugut & Mengambil Tindakan Sendiri," - Bapa Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini

BERITA TRENDING: Jenazah Farah Kartini Dikebumikan di Pahang

BERITA TRENDING: Hilangnya Bakal Pendidik Bangsa, Nur Farah Kartini Graduan Cemerlang Dengan GPA 4.0 - “Banyak Cabaran Sepanjang Tempoh Pengajian Ini Tapi…”

BERITA TRENDING: Keadaan Mayat Nur Farah Kartini Reput Di Dada, Muka - “Buat Masa Ini Pakar Tidak Dapat Sahkan Kematian Kerana…”

BERITA TRENDING: Sejam Menyelam Akhirnya Telefon Pintar Nur Farah Kartini Ditemui, Suspek Turut Berada Di Lokasi Kejadian

BERITA TRENDING: Masih Tunggu Keputusan DNA, Jenazah Farah Kartini Tidak Boleh Dituntut Hari Ini

BERITA TRENDING: Mahu Dikebumikan Sebelah Kubur Ibu, Ini Fakta Menarik Tentang Suspek Kes Bunuh Farah Kartini

BERITA TRENDING: Sampel DNA Sepadan, Jenazah Nur Farah Kartini Dikebumi Di Pekan, Pahang

BERITA TRENDING: ​“Apa Yang Berlaku Ini Adalah Atas Dirinya Sendiri, Berani Buat Berani Tanggung” - Bapa Suspek Kes Bunuh Farah Kartini

BERITA TRENDING: Ibu Rindu, Ziarah Pusara Farah Kartini

BERITA TRENDING: Kes Bunuh Farah Kartini: Polis Analisa Kad Sim Suspek & Siasat Lokasi Kebun Dipercayai Tempat Persinggahan Sebelum Kejadian

#Viral #Pahang #Bunuh #Abang #Polis #Ibu #Kubur #Pekan #Farah Kartini #Farizza Azmi Abdullah #Nurfatihah #'Syeril