Laman Utama
"Kami Beri Kenyataan Sebentar Lagi" - Pengurus Neelofa Beri Respon Selepas Sehari Dihubungi
Sejak semalam, pelbagai spekulasi timbul di kalangan netizen mengenai hubungan selebriti dan usahawan terkenal Neelofa bersama tunangnya, PU Riz.
Usaha Gempak untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak pengurusan Neelofa dan PU Riz semalam tidak mendapat sebarang respon sehingga pengurusnya, Shawn Amer membalas mesej sebentar tadi.
Menurut Shawn, pihak mereka akan memberikan keterangan dari pihak Neelofa dalam waktu terdekat hari ini.
"Kami akan beri kenyataan sebentar lagi," tulisnya ringkas.
Terdahulu, Gempak pada 1 November melaporkan Neelofa sah dirisik PU Riz. Perkara itu disahkan sendiri oleh ibu Neelofa, Noor Kartini menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Namun semalam, Noor Kartini telah memadam foto bersama Riz dan Neelofa yang diambil ketika hari merisik tersebut dan kemudian pelbagai spekulasi timbul di kalangan netizen yang mengatakan hubungan mereka sedang dilanda ujian.
Malah, tinjauan Gempak juga mendapati ibu dan adik beradik Neelofa telah berhenti mengikuti PU Riz di akaun media sosial mereka.
Walaubagaimanapun, tinjauan Gempak hari ini juga mendapati Neelofa dan PU Riz masing-masing masih saling mengikuti akaun di Instagram mereka.
Must-Watch Video