Seorang wanita yang tular baru-baru ini kerana menyelamatkan seekor anjing jalanan kudung, mengucapkan terima kasih kepada selebriti versatil, Harith Iskander dan isteri kerana sudi menjadikan haiwan malang itu sebagai anak angkat.

Wanita dikenali sebagai Nurull Ain Abdul Hamid itu telah memuat naik posting di Instagram memaparkan fotonya bersama Harith, isteri dan anjing yang dinamakan Marvella.

Selain ucapan terima kasih Nurull Ain turut mengagumi Harith Iskander dan isteri kerana sudi menyayangi Marvella meskipun ramai yang memandang anjing sebagai haiwan yang hina.

“Thank you @drjezaminelim & husband encik Harith iskander sudi untuk menjadikan Marvela sebagai temporary adopter @ anak angkat terima kasih sudi memberi kasih sayang pada Marvela yang pada asalnnya adalah anjing jalanan yang mempunyai masa lalu yang tragis.

“Walaupun anjing ini dipandang benci oleh sesetengah masyarakat, Alhamdullilah masih lagi ada yang menyayangi…Marvela adalah anjing yang tidak mempunyai kedua dua belah kaki depan dan pernah dibuli dipukul orang dahulu,” tulisnya.

Thank you @drjezaminelim & husband encik harith iskander sudi untuk menjadikan marvela sebagai temporary adopter @ anak angkat terima kasih sudi memberi kasih sayang pada marvela yang pada asalnnya adalah anjing jalanan yang mempunyai masa lalu yang sedikit tragis Saya beritahu pada mereka bahawa berat untuk saya melepaskan sepenuhnya anjing pertama yang saya selamatkan ini ..tp saya sudi berkongsi kasih sayang, saya diberitahu bahawa mereka akan jaga marvela untuk 3-4 minggu tapi saya beritahu saya tidak kisah bila bila mereka bersedia untuk hantar marvela dan bila bila mereka mahu ambil marvela balik rumah , dan andai kata mereka belum bersedia untuk menghantar marvela saya akan melawat marvela di sana .. Saya diberitahu wheel chair marvela yang baru akan dibelikan oleh mereka . Dan mereka suka dengan kehadiran marvela dalam hidup mereka . Walaupun anjing ini dipandang benci oleh sesetengah masyarakat , Alhamdullilah masih lg ada yang menyayangi .. sedangkan dalam islam kita diajar berbuat baik kepada haiwan , sedangkan dalam islam kita dibenarkan membela anjing untuk tujuan berburu menjaga kebun apatah lg perkara yang lebih mulia di mana kita menjaga anjing yang perlukan perlindungan .. dan menyelamatkan mereka ..malah dalam islam diberi kemudahan sertu .. Marvela adalah anjing yang tidak mempunyai kedua dua belah kaki depan dan pernah dibuli dipukul orang dahulu Semoga ramai lg orang yang terkenal membantu dan menyayangi makhluk Allah ini.. Amin InsyaAllah ?

A post shared by Nurul Ain (@nurullainabdulhamid) on


Sementara itu, Harith Iskander turut memuat naik posting dan menceritakan kisah bagaimana dia dan isteri ‘jatuh cinta’ kepada anjing kudung tersebut.

“Kami jatuh cinta pada Marvella ketika isteri saya @drjezaminelim membaca kisah viralnya secara online dan saya beritahu isteri kita perlu buat sesuatu untuk anjing ini dan wanita yang menyelamatkannya.

“Setelah berbincang dengan Nurul, kita semua sepakat tentang “Foster home” di mana Marvella akan tinggal bersama kami dan kami akan membawanya bertemu ‘heronya’ (Nurull Ain) setiap bulan,” tulisnya.

This two legged wonder-dog is named Marvela. She was rescued two years ago by @nurullainabdulhamid who (despite being advised to 'put the animal down') cared for her ... and today she is a healthy beautiful and friendly doggy. We fell in love with Marvella when my wife @drjezaminelim came across her story online and kept saying "We need to do something for this beautiful doggy and the lady who saved her. After much discussion with Nurul we all agreed on a 'Foster home' arrangement where Marvella will come stay with us and we will bring her back to be with her saviour every month. So now I'm a happy daddy to 3 kids, 2 cats (one-one eyed blind) and a wonder dog. ? We promised her to care for an look after her doggy as she has. Please click on Nurul Ain's IG to see the work her husband and her do in rescuing and rehabilitating stray animals (over 400 cats and dogs so far!!!). I have never met a more compassionate couple so committed to loving those who others abandon. Marvella is now getting used to her new environment and we will be upgrading her wheelchair (which she has outgrown) soon! #MarvelaTheWonderDog #twoleggedwonder

A post shared by Harith Iskander™️ (@harithiskander) on