Skip to main content

Trend Pasaran

“Kami Yang Hilang, Keretanya Ada Di Sini!” - Sekeluarga Sesat Dalam Parking Mall, Lepas Satu Jam Baru Jumpa Kereta

untitled-design-(11)_3.jpg

Tular satu hantaran lucu di media sosial baru-baru ini memaparkan seorang wanita dan keluarganya sesat di kawasan tempat letak kenderaan pusat beli-belah IOI Putrajaya.

Difahamkan hal itu terjadi kerana keluarga tersebut terlupa lokasi kenderaan mereka di dalam bangunan berkenaan.

“Kami yang hilang, keretanya ada di sini, tak tahu lah kami di mana, tadi kami rasa A (parking), tapi sampainya kereta tiada.

“Lepas tu sekarang ni ada di E, cari A je hilang! Kami dah baca macam-macam ayat tak keluar-keluar juga kereta,” seloroh seorang daripada ahli keluarga berikut.

Must-Watch Video

Advertisement