Pelakon Yatt Hamzah yang sedang menghitung hari menunggu hari bersalin memberitahu bahawa bayi dalam kandungannya kini berada berada dalam keadaan cukup aktif.

Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 39, berkata, situasi itu secara tidak langsung menjadikan bacaan denyutan jantung bayinya berada pada paras yang agak tinggi.

"Alhamdulillah, bayi dan bonda sihat, cuma bayi terlebih aktif.

"Tak berhenti pergerakannya sampaikan bacaan denyutan jantungnya 183, tinggi betul masa buat pemeriksaan mingguan baru-baru ini. Ya Allah, Kau jagalah bayi dalam kandunganku ini," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.

Yatt turut berkongsi gambar terkini dirinya yang sedang sarat mengandung anak keempat.

"Haa, nampak kan betapa saratnya mak buyong ni. Tu yang jarang kongsi gambar penuh sendiri sebab kembang sana situ sini. Malas nak tengok diri sendiri," ujarnya.

Begitupun, Yatt masih merahsiakan lagi jantina bayi yang bakal lahir nanti.

Sungguhpun begitu, ramai yang menjangkakan pelakon drama Dunia Baru itu bakal melahirkan bayi lelaki.

"Kemungkinan sis rasa bayi lelaki sebab terlebih aktif tu. Sis dulu mengandung yang bayi lelaki sis dalam perut terlebih aktif. Semoga Allah permudahkan segala urusan Yatt," komen salah seorang pengikutnya.

Yatt sebelum ini mengumumkan dirinya disahkan hamil pada bulan Ramadan lalu.

BACA: “Ok Now Bonda Nervous...”-Yatt Hamzah Umum Hamil Anak Ke-4

Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khairuddin pada Februari 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Suci Humaira Iqlima, 3 dan Suci Hayfaa Medina berusia setahun.

Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor, Yatt mempunyai seorang anak perempuan Suci Hanania Malika yang kini berusia tujuh tahun.

Haaa nampak kan betapa saratnya Mak Buyongs ni..Tu yg jarang update gambar full sendiri sbb kembang sana situ sini..Malas nak tgk diri sendiri..?? Alhamdulillah baby dan Bonda sihat cuma baby terlebih aktif..Non Stop pergerakannya sampaikan bacaan heart beatnya 183, tinggi betul masa weekly check up baru2 ni..?? Ya Allah KAU jagalah bayi dlm kandungan ku ini. Moga dia jd anak yg Soleh Solehah..??? . Okkk, so agak2 another Suci atau Baby Boy kali ni?? Haaa siapa dapat agak??☺?? . In shaa Allah dah dekat dah due date Bonda. Doakan Bonda ya..Bonda juga doakan semua ibu2 hamil di luar sana dipermudahkan urusan hamil dan bersalin nanti..Aameen..??? Sama2 amalkan Doa Isteri Imran dan Surah Yusof juga Surah Maryam.. . . Jubah cover line Bonda by @jubahroyale ??? . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYatt #bondaYH #motherof3 #soontobemotherof4 #makbuyong #pregnantmom pregnant #37weekspregnant

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on