Nama kumpulan Kangen Band dan Bagindas tidak perlu diperkenalkan lagi. Baik di persada muzik Indonesia, mahu pun di Malaysia.

Malah, kedua kumpulan ini masih berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai antara pemuzik terbaik yang pernah ada dalam sejarah industri hiburan Indonesia.

Deretan album dan lagu yang pernah dihasilkan dua band ini juga masih menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tempatan. Tidak keterlaluan jika dikatakan, karya dan muzik mereka terus hidup.

Tahun lalu, Kangen Band dan Andra Bagindas ini berjaya mengadakan konsert mereka di Kuala Lumpur dengan menyaksikan sambutan yang cukup hebat daripada peminat. Malah, ia sangat dinantikan selepas sekian lama.

Bertitik tolak dari situ, Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.

A post shared by Kangen Live (@backdoor.entertainment)

Gelombang galau & melodi remix

Penganjur, Backdoor Entertainment Rosdi Azwan berkata, konsert ini menjanjikan satu kelainan bagi penonton di Malaysia.

“Kemeriahan konsert terdahulu mencipta satu fenomena asia yang memukau dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat muzik dan pemilik media sosial. Apatah lagi konsert itu sudah lama dinanti-nantikan dan dianggap sebagai acara yang di nantikan setiap peminat setia.

“Kali ini, kami bawakan mereka semula di atas satu panggung yang sama. Di dalam gelombang galau dan melodi remix yang memukau, konsert ini pastinya menjanjikan satu pengalaman yang mengasyikkan dan penuh semangat bagi peminat kedua-dua band ini,” katanya.

BERITA TRENDING: Malu Anak Tanya Taraf Pendidikan, Penyanyi Cinta Sampai Mati Sambung Belajar

Menurutnya, apa yang lebih menarik adalah dengan satu harga tiket peminat dapat menyaksikan dua band ini beraksi di atas satu pentas.

“Satu fakta penting bagi konsert ini buat peminat di Malaysia, Kangen Band akan menyanyikan 18 lagu dan Bagindas X Dj Rycko akan menyanyikan 12 lagu berkonsepkan muzik remix.

“Ia seperti membawakan dua element muzik yang berbeza kali ini. Pastinya, persembahan ini bakal mengukir satu lagi konsert fenomena asia di Malaysia,” katanya.

PILIHAN PEMBACA: Gaya Menyanyi & Vokal Diparodikan, Netizen Backup Andika Kangen Band, Senaraikan Kebaikannya Bina Rumah Anak Yatim

Selain persembahan hebat dari Kangen Band, Bagindas juga turut menampilan DJ Rycko Ria selaku pencipta muzik Remix bagi kesemua lagu Bagindas.

“Dengan kehadiran persembahan luar biasa daripada Kangen Band dan Bagindas X Dj Rycko Ria, konsert ini sememangnya memukau hati penonton di Malaysia”

Harga tiket tempahan awal atau ‘early bird’ bagi menyaksikan Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur Kangen Band dan Bagindas X Dj Rycko Ria adalah RM170 (Free Standing), RM220 (Seating), RM280 (Premium Seating) dan RM3,500 inc Meet And Greet (VIP Box)

Tiket sudah boleh didapati menerusi https://kangenband.ubertickets.asia/