Pelakon popular Bollywood, Kareena Kapoor baru-baru ini telah berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 16 kilogram (kg).

Kareena, 37, yang melahirkan Taimur Ali Khan pada Disember 2016 dan mula aktif bersenam serta mengamalkan diet ketat sejak tiga bulan lalu.

Aktres jelita yang popular menerusi filem ’Kabhi Khushi Kabhie Gham’ itu juga turut berkongsi dengan peminat bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan dalam masa yang singkat.

Antara aktiviti senaman yang telah dilakukan Kareena secara konsisten sejak Mac lalu adalah dia kerap berkunjung ke gim, melakukan yoga dan senaman pilates.

Selain itu, isteri kepada penerbit dan pelakon, Saif Ali Khan ini juga mengawal pemakanan secara ketat dan mengamalkan diet yang sihat.

Semasa hamil, berat badan Kareena telah meningat sebanyak 18 kilogram dan dia telah berazam untuk menurunkan berat badan sebanyak 19 kilogram selepas bersalin.

Dalam perkembangan lain, Kareena juga bakal memulakan sesi penggambaran filem terbarunya iaitu ’Veere Di Wedding’ selain turut digandingkan dengan Sonam Kapoor menerusi filem tersebut.

Sumber : Hindustantimes.com
Olahan : Izzat Ridzwan