Berita
"Kebenaran Sudah Reveal, You Should Clean Your Name Back" - Peminat Mahu Afifah Nasir Bersihkan Nama Dari Kontroversi Aliff Aziz, Ini Jawapan Tuan Punya Badan
Peminat pelakon Afifah Nasir mahu dia tampil membersihkan nama selepas terpalit dengan kontroversi bersama penyanyi Aliff Aziz sebelum ini.
Nama Afifah pernah dikaitkan dengan Aliff dalam satu kejadian yang terjadi pada Julai 2017.
Menerusi ruangan komen di entri Instagram Afifah, ada antara peminatnya yang mengetahui bahawa dirinya tidak bersalah sebelum ini.
"Afifah kebenaran sudah reveal, you should clean your name back mungkin dulu alif buat cerita cakap you yang nak dia. God blessed you!" kata seorang netizen yang menggunakan nama @ninie_aziera.
"I tahu dari dulu Fifah tak salah and today showed dia memang bad as husband even as a person, bukan nak judge tapi jelas depan mata, family Nasir semua well manners, sebab nak senangkan shooting Fifah kena frame and now orang dah tahu siapa lelaki tu sebenarnya. Love," kata Miss Nurulsy pula.
Namun, menerusi ruangan komen itu juga, Afifah menjelaskan dia sudah melupakan perkara itu dan tidak mahu memeningkan kepada untuk berfikir mengenai perkara yang lepas.
"It's okay dear. I rasa tak payah nak puaskan hati manusia. Allah is the greatest planner," tulisnya.
Hari ini, isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah menunjukkan bukti suaminya sedang berlaku curang dengan pelakon Oktovia Manrose.
Bella mendedahkan perkara terbabit di laman Instagram miliknya.
Menerusi entri terbaru itu, Bella turut mendedahkan bukti perbualan di ruangan Direct Message Instagram.
Seorang individu memberikan bukti video dan mendakwa Aliff dan Oktovia sedang berada di sebuah kelab malam yang terletak di Changkat, Bukit Bintang.
Must-Watch Video