Filem kegemaran ramai khususnya buat mereka yang lahir sekitar 80 dan 90-an, Child's Play kembali 'menghantui' penonton bermula hari ini.

Masih mengekalkan watak Chucky sebagai elemen utama dalam, filem reboot ini menjanjikan aksi seram yang lebih epik.

Menariknya menerusi laman Facebook GSC Cinema, mereka menasihati supaya penonton tidak membawa kanak-kanak untuk menonton filem terbabit.

Ini kerana filem terbabit diklasifikasikan sebagai 18PL.

Untuk makluman, filem klasifikasi 18PL mengandungi bahan-bahan dan kandungan yang lebih dewasa, unsur-unsur ganas, seram dan seks atau menyentuh unsur sensitif politik, agama dan kebudayaan.

Oleh demikian, berhati-hatilah sekiranya anda berhasrat untuk membawa budak kecil menonton filem ini.

Filem Child's Play 2019 telah pun ditayangkan bermula hari ini.