REPUBLIK KYRGYZ 1 MALAYSA 1


Republik Kyrgyz menyekat hajat skuad Harimau Malaya untuk memungut mata penuh dalam perlawanan getir kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu di Stadium Dolon Omurzakov, sebentar tadi.

Keputusan ini meletakkan Malaysia kekal di tangga ketiga Kumpulan D, secara tidak langsung menyempitkan peluang untuk ke pusingan ketiga.

Malaysia dan tuan rumah bermula seimbang apabila menutup separuh masa pertama sama handal 1-1 menerusi jaringan sendiri Valerii Kichin bagi memadam gol Gulzhigit Alykulov.

BERITA PILIHAN: Cristiano Ronaldo, 39 Tahun, 14 Kasut Emas!

BERITA TRENDING: "Ini Untuk Malaysia!" - Patung Lilin Atlet Negara Pertama Lee Chong Wei Bakal Sebaris Cristiano Ronaldo & David Beckham


Begitupun, selepas sejam melewati permainan, barulah Endrick Dos Santos berpeluang melepaskan percubaan untuk kembali menguji gawang yang dikawal Erzhan Tokotayev.

Selepas beberapa pertukaran sekalipun menujur 10 minit terakhir permainan, momentum negara tidak pula dipertingkatkan hingga menyukarkan hajat tiga mata itu gagal direalisasikan hingga wisel penamat.

Dalam masa sama, Oman menguasai puncak Kumpulan D selepas membelasah Chinese Taipei 3-0.

BERITA TRENDING: Rupa Paras Syihan Hazmi Jadi 'Buah Mulut' Netizen Korea Selatan - "Penjaga Gol Malaysia Comel"


BERITA TRENDING: Pakai Busana Tradisional Ketika Ditemu Bual, Ramai Yang Cair Lihat Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu



STADIUM ASTRO

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?


Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.