Laman Utama
"Kenapa Abah Pejam Mata Tak Bangun-Bangun?" - Bapa Arja Lee Meninggal Dunia, Tak Sempat Tengok ...
Impian bapa pelakon Arja Lee untuk melihat anaknya memegang ijazah sarjananya tidak kesampaian apabila pergi terlebih dahulu menghadap Ilahi.
Kongsi Arja menerusi hantaran di Instagramnya, bapanya yang berusia 78 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.45 petang hari Sabtu.
"Abah, kan adik dah bagi tahu abah yang abah kena ada kena datang dan abah kena tengok scroll master adik tak lama jer lagi bah.
"Abah cakap hari tu abah nak tengok adik jadi pensyarah kan? Abah cakap abah selalu doakan adik dan semua anak anak abah berjaya dalam hidup! Itukan doa abah ...
"Tapi hari ni, jam 4.45 petang tadi lepas Asar kenapa abah pejam mata dan abah tak bangun-bangun?
"Adik dah balik ni bah, nak jumpa abah... Abah kena peluk adik tau ! Adik tak sabar nak jumpa abah," tulisnya.
Hati Arja terus diselubung pilu dan hantaran terbabit dihujani ucapan takziah dari rakan selebriti dan peminatnya.
Salam takziah buat Arja Lee sekeluarga.
Must-Watch Video