"Kepada Semua Lelaki Masih Single & Baik, Sila DM Kak Long Sebab ...." - Ini Luahan Fasha Sandha Tentang Amelina
"Kepada Semua Lelaki Masih Single & Baik, Sila DM Kak Long Sebab ...." - Ini Luahan Fasha Sandha Tentang Amelina
Rozaimi Zubaidi
Tue Aug 06 2019
Pelakon Fasha Sandha mengakui kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyanyi dangdut Amelina sepanjangan perkenalan mereka sejak dulu lagi.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fasha berkongsi luahan tentang sikap Amelina dan berharap agar dia segera bertemu jodoh.
"Dalam dunia ni, bukan mudah nak jumpa orang yang betul-betul memiliki hati yang baik dan menyayangi kita dengan ikhlas dan yang paling penting, boleh buat kita selalu ketawa.
"99 peratus masa bila bersama Kak Long, dia akan buat ku ketawa. 1 peratus masa dia tidur di set. Memang pelik la, seorang penyanyi berjaya membuat ku ketawa, ternyata, dia bukanlah hanya seorang penyanyi mahupun pelakon, tapi dia seorang penghibur.
"I love you Kak Long, Kak long merupakan salah satu insan yang baik yang girl pernah kenal. Di hari lahirmu, girl doakan agar kakak sentiasa sihat, bahagia selalu dan yang paling penting diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga 6 harta dunia akhirat kak long.
"Ok kepada semua lelaki masih single dan baik, sila DM (Direct Message) Kak Long sebab Kak Long still single and available. Love you Kak Long, terima kasih diatas segala hadiah Kak Long bagi pada girl, terima kasih kerana sayangkan girl dan family, terima kasih kerana selalu menghiburkan hati girl. Love you," tulisnya.