Laman Utama

"Keputusan Sekarang 4-0" - Fizz Fairuz Panjat Rasa Syukur, Almy Nadia Dah Bersalin

gempak
Amri Hassan
08/12/2021
01:49 MYT
Sponsor Banner
"Keputusan Sekarang 4-0" - Fizz Fairuz Panjat Rasa Syukur, Almy Nadia Dah Bersalin
Pelakon Datuk Fizz Fairuz memanjatkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata keempatnya pada pukul 3.49 pagi Rabu.
Berita gembira itu dikongsikan Fizz menerusi akaun Instagramnya.
"Alhamdulillah... isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi, terima kasih kepada semua yang mendoakan. Amin. Keputusan 4-10 sekarang," tulisnya sambil bercanda.
Perkongsian itu dihujani ucapan tahniah dari rakan selebriti termasuk pempengaruh popular dari Indonesia, Mimi Peri.
Fizz sebelum ini pernah menyatakan hasrat mahu menimang anak lelaki namun lebih mementingkan keadaan kesihatan anak yang dilahirkan.
Kelmarin, Fizz berkongsi keadaan Alm yang sedang terbaring di atas katil hospital sambil menahan sakit contraction.
Video terbabit dibanjiri dengan doa dan rasa terharu netizen melihat pengorbanan seorang wanita bersabung nyawa untuk melahirkan seorang zuriat.
Fizz dan Almy telah mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, Nur Afrina Ayra yang berusia setahun serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 10.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024