Laman Utama

Kerap Mimpi Ular, Bella Astillah Terkena Sihir? - "Setiap Malam Anak Akan Meracau, Menangis & ..."

gempak
Asyikin Mayudin
06/12/2022
01:53 MYT
Sponsor Banner
Kerap Mimpi Ular, Bella Astillah Terkena Sihir? - "Setiap Malam Anak Akan Meracau, Menangis & ..."
Pelakon dan penyanyi Bella Astilah mendedahkan baru-baru ini dia berdepan dengan gangguan sihir atau ilmu hitam sehingga menyebabkan kesihatannya dan keluarga terjejas.
Berharap perkongsiannya diambil sebagai iktibar, Bella berkata dia mula berubat dengan ustazah selepas berasakan perubahan dirinya menjadi seorang pemarah selain mengalami masalah kesihatan.
“Bella tak suka nak gembur-gemburkan, sepatutnya Bella dan family dah duduk berbincang, biar antara kami saja. Tapi Bella kongsikan untuk kita semua ambil iktibar.
“Bella sendiri takut nak cakap benda ini sebab tak pernah alami. Kalau korang tengok Bella jarang post dekat IG sebenarnya Bella kurang sihat. Bella pun mula berubat, minta ustazah datang rumah.
“Rasanya baru lagi kita pergi Sabah, tapi last minute Bella tak dapat pergi ke pentas (buat persembahan), Bella dekat hotel sebab sakit, tiba-tiba rasa tak boleh perform, tak ada suara.
“Benda ini on, off… ada pergi klinik tapi tetap asyik tak sihat. Kita tahu diri kita… kita jadi lain, kuat marah-marah,” kata Bella ketika ditemu bual bersama program Melodi baru-baru ini.
Malah, isteri kepada juara Gegar Vaganza 8 (GV8) iaitu Aliff Aziz ini berkata anak mereka Ara Adreanna turut terkena gangguan tersebut selain dirinya kerap mimpi ular empat kali berturut-turut.
“Yang nombor dua, Ara… Ayden yang tak ada. Ara macam setiap hari, setiap malam antara 2 pagi sampai ke 4 pagi dia akan jerit dan menangis meracau yang tak berhenti. Masalahnya setiap hari… bila pergi doktor tak ada apa.
“Itu yang terfikir nak kena ikhtiar juga. Aliff pula rasa tak boleh nak kerja, rasa lemau dan sakit badan. Cuma, Bella pula mimpi ular dan ada mengadu dengan mama… mama kata kalau mimpi ular, orang belum kahwin maksudnya ada orang nak masuk minang tapi Bella dah berkahwin.
“Bella tak pernah terfikir sihir ke apa… sampailah rasa tak sihat dan minta ustazah bawa air zam zam dan barulah kita bercerita, dan itu tandanya tak baik. Bella minta berturutan sebanyak empat kali. Mimpi ular besar, ular terputus, terbelah dua, mimpi Ayden pegang ular tu,” kongsinya.
Bella juga memberitahu dia dan suaminya serta ibu sentiasa menunaikan solat berjemaah selain mengaji Al-Quran bersama-sama untuk kembalikan suasana rumah mereka.
“Bella berterima kasih kepada ustazah dan ustaz yang datang rumah itu. Aliff kata suasana rumah selalu busy, jadi dia nak hidupkan suasana dengan solat berjemaah dengan Bella dan mama selain mengaji bersama.
“Alhamdulillah saya ok… kalau tak, nak make up, nak tengok cermin pun tak larat… rasa berdebar-debar, ingatkan anxiety tapi rasa seram sejuk. Aliff pun nak berubat juga.
“Ramai orang DM tanya kenapa lama tak post gambar berdua, sebenarnya Bella nak elak benda ini. Takut nak post gambar berdua dan dengan anak-anak. Mungkin akan post tapi tak banyak, lebih berhati-hati,” katanya.
Sementara itu, Bella menegaskan dia tidak akan memaafkan individu yang melakukan perkara terkutuk terhadap dirinya dan keluarga.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019.
Pasangan yang mempunyai dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna itu rujuk kembali ketika dalam tempoh edah.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live