,
Berita

Kes Culik Albertine Leo, Suspek Ke-5 Direman 7 Hari

Gempak
23/07/2024
09:25 MYT
Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco Galleria di Iskandar Puteri pada Sabtu, direman tujuh hari.

Direman tujuh hari

Perintah reman terhadap suspek lelaki yang berusia 31 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini bermula Selasa hingga Isnin ini.
Perintah tahanan reman terhadap suspek kelima kes itu dikeluarkan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar selepas membenarkan permohonan dibuat pihak polis.
Tempoh reman berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas suspek mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

BERITA TRENDING:Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Siasatan Forensik Jumpa Kunci Kereta

​BERITA TRENDING: Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Disambung Reman Selama 7 Hari

BERITA TRENDING: Lagi Kes Hilang, Polis Kesan Remaja Perempuan Hilang Sejak 27 Jun

​BERITA TRENDING:Gara-Gara Tak Mahu Hubungan Sulit Terbongkar, Wanita Tergamak Buang Bayi Siap Balut Dalam Plastik

Terdahulu suspek berkenaan yang memakai baju T festival Bon Odori Johor tiba di pekarangan mahkamah pada jam 3 petang.

Pada Isnin, tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita ditahan pada jam 1.30 tengah hari di sekitar kawasan Gelang Patah, Iskandar Puteri.

Susulan itu, seorang lagi wanita ditahan pada tengah jam 12.15 tengah malam Selasa sebelum suspek kelima berkenaan ditahan jam 4.45 pagi Selasa di Batang Kali, Selangor.
Suspek kelima itu ditahan bersama-sama kanak-kanak perempuan berkenaan di sebuah hotel murah dalam keadaan selamat.
Sebelum itu, Albertine Leo Jia Hui, 6, yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam di lokasi kejadian terbabit.
Sejak Jumaat hingga Ahad, pusat beli-belah itu mengadakan festival Bon Odori Johor yang menyaksikan kawasan berkenaan sesak dengan kehadiran pengunjung.
Kehilangan kanak-kanak tersebut tular dalam media sosial sehingga pelbagai spekulasi dan khabar angin tersebar termasuk ada pihak melihatnya bersama-sama seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini untuk masuk Singapura.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video