Sebuah video yang memaparkan situasi kejadian nahas membabitkan sebuah lori treler dan kereta yang bertembung di hadapan sebuah kilang pengeluar kaca di Lipat Kajang, Jasin, Melaka tular baru-baru ini.

Menerusi video yang dirakam oleh orang awam itu, dapat dilihat juga seorang wanita dipercayai adalah waris mangsa meraung dan mempersoalkan cara pemanduan pemandu lori tersebut di lokasi kejadian.

"Dia bawak lori macam mana Man, ayah kau tu!" raung wanita berkenaan.

Pemandu Maut di Lokasi

Menurut laporan daripada Kosmo, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi, mangsa yang memandu kereta Proton Wira berwarna jingga itu disahkan maut di lokasi akibat parah di kepala.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati pemandu treler terbabit dalam perjalanan menuju ke jalan besar menghala ke Lipat Kajang.

"Apabila sampai di simpang, tiba-tiba Proton Wira yang datang dari arah Lipat Kajang menghala ke kilang kaca gagal mengelak dan melanggar treler terbabit.

"Pemandu Proton Wira disahkan meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mayat Dibawa Ke Hospital Untuk Bedah Siasat

Mayat mangsa, Ahmad Johari Mohamad Nin, 48, yang bekerja sebagai pemandu bas kilang dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu Treler Tiada Kaitan Keluarga Dengan Mangsa

Bagaimanapun., Ahmad Jamil turut menafikan dakwaan pemandu treler terbabit merupakan anak kepada mangsa yang maut seperti mana yang tular di media sosial.

Menurutnya lagi, hasil soal siasat bersama waris mangsa mengesahkan keluarga itu tidak mengenali pemandu lori tersebut.

"Tiada kaitan, tiada apa-apa hubungan persaudaraan," jelasnya lagi

Sumber: KOSMO!

Berita Trending: "Dipukul, Dibuang Dari Tingkat 2" - Individu Ini Dedah Kronologi Pelajar…

Berita Trending: Isu Cikgu Jalin Hubungan Terlarang Bersama Pelajar, Ibu Dakwa Pernah Ada…