Selebriti versatil Kelly Azman teruja diberikan peluang untuk mengacarakan pentas konsert Wali Cari Jodoh & Dawai yang bakal berlangsung di Pulau Pinang pada 3 Februari nanti.

BERITA TRENDING: Netizen Kaitkan Video Pengacara Onani Dengan Kelly Azman, Ini Komen Tuan Badan! - "Maaf Saya…

Kata Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, pembabitannya untuk konsert berskala besar ini merupakan pembuka terbaik tahun 2024.

"Ini bukan kali pertama saya menjadi pengacara untuk konsert besar dan saya anggap ini rezeki yang menjadi pembuka tahun 2024.

"Saya teruja kerana konsert ini melibatkan nama-nama besar dan popular ketika ini seperti Wali Band, Fadhilah Intan dan Khai Bahar. Saya rasa seronok dan teruja dapat sepentas dengan artis-artis hebat.

"Ketika ditawarkan, saya tidak berfikir panjang dan terus berkata ya untuk konsert kali ini," ujarnya kepada Gempak.

Kelly sebelum ini pernah mengacarakan Konsert Malam Galau di Singapura pada tahun 2023 dan hos utama Starvendor sepanjang siri jelajah seluruh Malaysia.

PILIHAN PEMBACA: Diva AA Kata Fesyen Kelly Azman GMWA2022 'Nazak Dicekik Langsuir' - "Memang Konsep Saya…

Dalam perkembangan lain, Kelly memberitahu dia turut mendapat tawaran untuk mengacarakan beberapa konsert mega pada tahun ini di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Konsert Wali Cari Jodoh & Dawai In Penang turut menampilkan penyanyi Fadhilah Intan, Saixse dan Khai Bahar.

Tiket-tiket ke Konsert Wali Cari Jodoh & Dawai In Penang terdapat dalam beberapa kategori seperti Rock Zone (RM88), Silver (RM99), Gold (RM129), VIP (RM159) dan VVIP (RM259) dan pembelian boleh dilakukan secara atas talian di laman web www.ticket2u.com.my/walipenang atau di talian hotline +6011-1133 7638.