HIBURAN
Kini Mualaf, Ruben Onsu Jadi Imam Solat Penyanyi Desy Ratnasari & Anak
Hos terkenal Ruben Onsu yang baru memeluk Islam pada bulan Ramadan lalu terus menjadi perhatian masyarakat.
Selain sempat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama sahabat baiknya, Ivan Gunawan sebelum ini, kini Ruben sekali lagi menjadi perhatian selepas menunaikan kewajipan umat Islam itu.
Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Ruben dilihat menjadi imam solat.
Apa yang menariknya, usahawan itu menjadi imam solat kepada wanita yang dikaitkan sedang mempunyai hubungan istimewa bersamanya sebelum ini, penyanyi Desy Ratnasari.
Tidak hanya berdua, Ruben dan Desy turut disertai anak pelantun Tenda Biru itu iaitu Nasyawa, lapor Viva.co.id.
Dalam video tersebut, Ruben dilihat memakai baju berwarna biru dan jeans menjadi imam sementara Desy Ratnasari memakai telekung berwarna ungu bermotif putih.
“Alhamdulillah untuk pertama kalinya @ruben_onsu menjadi imam solatnya (Desy). Masyaallah. Semoga di bulan Mei segala sesuatunya dilancarkan untuk kalian ya," ujar pemilik akaun yang berkongsi video momen mereka solat.
Bagaimanapun Ruben dan Desy tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai perkongsian tersebut.
Hubungan Ruben dan Desy mula dikatakan akrab selepas beberapa bulan lelaki tersebut bercerai dengan isteri, Sarwendah. Ruben bagaimanapun menafikan menjalin hubungan asmara bersama Desy.
Must-Watch Video