Laman Utama

Kisah Penghijrahan Zila Bakarin- “Saya Takut & Rasa Tak Selamat…”

gempak
Asyikin Mayudin
02/10/2023
05:56 MYT
Sponsor Banner
Kisah Penghijrahan Zila Bakarin- “Saya Takut & Rasa Tak Selamat…”
Pernah dikenali dengan imej yang sangat seksi, pelakon Zila Bakarin akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah menjadi muslimah yang lebih baik sekitar 2020.
Berkongsi mengenai penghijrahannya, Zila menerusi sebuah video di TikTok mengakui dia kini lebih berasa selamat dan tenang berbanding ketika berimej dahulu.
“Saya rasa sekarang ini, saya rasa lagi tenang… rasa macam ‘kenapa aku tak macam ini dulu’. Saya rasa lebih selamat… kejadian itu pada hari yang esoknya nak ambil anak sekolah.
“Saya ini terkenal dengan pakaian saya dulu, dengan rambut. Tak pernah yang dalam almari itu pakaian bertutuplah demi Allah. Sehinggakan nak ambil anak sekolah, saya rasa keluar tak ada seurat benang pun.
“Saya rasa macam ‘eh aku pakai baju ini kenapa macam sejuk saja, macam takut je’… betul, saya takut, rasa macam tak selamat. Keluar masuk rumah rasa gelisah, saya ambil tudung dan pakai, baru rasa selamat,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Zila mengakui perubahan itu berlaku secara spontan dan bukan paksaan daripada diri sendiri atau mana-mana pihak.
“Saya hari ini Zila Bakarin dulu, hari ini… esok itu saya ambil tudung dan pakai, saya jadi hari ini. Pelik kan… sebenarnya saya pun tak tahu. Benda itu tiba-tiba saja berlaku.
“Benda itu berlaku dengan saya tak terfikir pun tentang lepas ini tak ada job, orang ini tak suka… saya tak pernah fikir dan saya fikir ‘ouh aku nak berubah, nqk berhijab, aku nak ubah semua yang dulu aku pernah buat, tak nak jadi macam dulu’.
“Dan terus la benda itu jadi macam itu saja. Tak ada perkara atau benda yang boleh membuatkan saya ‘ouh kalau bendai ini, aku nak pakai tudung’… tidak. Benda itu datang sendiri,” kongsinya.
BACA SINI: Amboi! Cantiknya Anak Zila Bakarin – “Cantik Dan Letop Anak-Anak Sis, Macam Ibu Dia Juga…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live