Penyanyi Malaysia yang melakar nama di Hollywood, Yuna mencipta sejarah tersendiri apabila wajahnya muncul di sebuah papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) Times Square, New York, Amerika Syarikat.

Menurut laporan Astro AWANI, papan tersebut mempromosikan album terbaharunya, Rouge iaitu album keempat Yuna yang dilancarkan pada Jumaat.

Entri Yuna di akaun Instagram miliknya menerima ribuan komen daripada barisan selebriti dan juga peminatnya dari dalam dan juga luar negara Uncle Sam itu atas siaran iklan yang dibawakan khas oleh platform penstriman muzik popular dunia, Spotify.

Melalui kapsyen ringkas, Yuna menulis:

“From KL to the WORLD! IT’S ROUGE DAY EVERYWHERE AND IT’S DEFINITELY ROUGE DAY IN TIMES SQUARE NYC1 ROUGE OUT NOW! Also go take photos there and tag me! #yunarouge thanks @spotify

From KL to the WORLD! IT’S ROUGE DAY EVERYWHERE AND IT’S DEFINITELY ROUGE DAY IN TIMES SQUARE NYC! ❤️❤️❤️ ROUGE OUT NOW!! Also go take photos there and tag me!! #yunarouge thanks @spotify!

A post shared by Yuna ユナ (@yuna) on


Antara selebriti yang meninggalkan komen melalui muat naik status penyanyi berusia 33 tahun itu adalah penyanyi dari Indonesia, Datuk Rosa Roslaina Handiyani atau lebih dikenali sebagai Rossa, Afghan Syahreza, Anggun Cipta Sasmi atau Anggun.

Tidak ketinggalan selebriti dari Malaysia antaranya, Wany Hasrita, Sharifah Amani, Sharifah Sofia, Shalma Ainaa dan Daiyan Trisha.

Rata-ratanya meninggalkan komen tahniah atas kejayaan Yuna dengan pelancaran album Rouge yang disifatkan Yuna sebagai vibe rekod lama seperti tahun 80-an dan 90-an.

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa dan Afghan menerusi akaun Instagram miliknya juga tidak ketinggalan menitipkan komen so pround of you!!

Manakala anggun pula menyatakan rasa kagumnya, “Oh WOW!! Now that's impressive. Kudos dearest” sebelum dibalas Yuna dengan “Thanks Anggun!! Love u”.

Pelakon Sharifah Amani turut meninggalkan komen, “MasyaAllah how beautiful. Congratulations”, manakala pengacara, Shalmaa Aina pula dengan komen, “OMG EPIC! So proud of you. Malaysia represent Yuna,” tulisnya.

Terdahulu, menurut Yuna, Rouge bermaksud merah dalam Bahasa Perancis yang menandakan cinta, semangat dan kekuatan.

Sumber: Astro AWANI