Berita

'Klon' Angelina Jolie, Sahar Tabar Dipenjara 10 Tahun

gempak
Maliah Surip
12/12/2020
14:40 MYT
Sponsor Banner
'Klon' Angelina Jolie, Sahar Tabar Dipenjara 10 Tahun
Seorang wanita Iran, Sahar Tabar yang sebelum ini menjadi popular di media sosial kerana 'mengubah' bentuk wajahnya menjadi seperti pesohor Angelina Jolie dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.
Hukuman 10 tahun penjara itu dijatuhkan ke atasnya setahun selepas dia ditangkap atas aktiviti yang dilakukan di platform media sosialnya nya selama ini, lapor The Guardian.
Sahar atau nama sebenarnya Fatemeh Khishvand, menjadi terkenal di media sosial sekitar tahun 2017 sehingga memiliki lebih 486,000 pengikut apabila mendakwa melakukan lebih 50 pembedahan plastik pada wajahnya agar kelihatan seperti Angelina Jolie.
Dia bagaimanapun mengaku telah berbohong sewaktu muncul di sebuah acara televisyen. Sahar sebaliknya mengatakan dia hanya melakukan penipuan dengan menggunakan beberapa teknik termasuk Photoshop untuk mengubah wajahnya menjadi seperti Jolie atau zombie.
Meski demikian sekitar tahun 2019, dia mengaku ada melakukan sedikit 'pengubahsuaian' pada wajahnya termasuk melakukan filler pada bibir dan hidung. Dia juga mula menunjukkan wajah sebenarnya dan mengemas kini foto sebelum serta selepas dirinya melakukan transformasi menggunakan teknik solekan dan Photoshop.
Namun, wanita berusia 19 tahun ini kemudian didakwa atas beberapa pertuduhan termasuk mempersenda agama, menghasut kekerasan dan mendapatkan penghasilan dengan cara menipu selain mendorong anak muda melakukan korupsi.
"10 tahun penjara dijatuhkan ke atas wanita Iran yang mengubah wajahnya menggunakan teknik Photoshop dengan menjadi zombie Angelina Jolie.
"Ia hanya sebuah gurauan dan terpaksa berakhir di penjara. Ibunya menangis setiap hari dan mahu dia dibebaskan," cuit seorang wartawan dari Iran seperti dilaporkan Daily Mail.
Selepas dijatuhi hukuman, melalui peguamnya, Sahar cuba mendapatkan pertolongan daripada Angelina Jolie yang juga merupakan seorang aktivis.
Dia mendakwa dirinya dianiaya, didiskriminasi gender dan tidak sepatutnya dipenjara. Sahar malah sempat mengatakan dirinya telah positif Covid 19 sehingga meminta dirinya dikeluarkan daripada penjara.
"Negara negara Islam selalu mendiskriminasi wanita. Kita perlu bersatu," tulisnya dalam sebuah mesej yang disampaikan kepada aktres tersebut.
Malah ada NGO yang ikut bersetuju dengan Sahar. Mereka menyifatkan apa yang terjadi kepada wanita muda ini sebagai sebuah penindasan terhadap seseorang yang mempunyai personaliti dan masalah gangguan kesihatan mental.
Apa lagi rekod kesihatan mental Sahar menunjukkan dia memiliki gangguan kesihatan mental termasuk pernah bertemu pakar psikiatri.
Kini, pihak peguamnya sedang berusaha membuat dirinya lolos dari hukuman yang dijalani menggunakan fakta tersebut selain meminta Sahar boleh dijamin.
Instagram: Sahar Tabar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024