Peminat dan pengikut Instagram (IG) Ezzaty Abdullah berkongsi rasa teruja dan tidak sabar menantikan kelahiran bayi pelakon tersebut dan suaminya, Azwan Kombos.

Rasa teruja tersebut diluahkan pengikut Ezzaty selepas dia memuat naik beberapa foto 'maternity’ di IG.

Pada ruangan komen, peminat turut mendoakan agar Ezzaty dan bayinya sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Selain ucapan tahniah, mereka turut memuji sikap romantik yang ditunjukkan oleh Azwan Kombos kepada isteri kesayangannya itu.

Ezzaty kini hamil 35 minggu dan dijangka melahirkan bayi sulungnya itu pada bulan Disember depan.

Menerusi sebuah kenyataan kepada media, Ezzaty memberitahu bahawa mereka akan menimang cahaya mata perempuan.

Walaupun belum dilahirkan, bayi mereka sudah mempunyai akaun Instagram dengan menggunakan nama @aeffection.jr dan setakat ini sudah ada 5,000 pengikut.

Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto semasa 'Maternity Shoot' Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah:







Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram @Ezzaty Abdullah / @the.leave