Berita
Kongsi Gambar Mesra Berpelukan, Peminat Doa Uqasha Senrose & Kamal Adli Lekas Kahwin
Foto mesra pasangan Uqasha Senrose dan Kamal Adli berpelukan telah mendapat perhatian warga maya.
Pasangan yang popular menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa itu masing-masing berkongsi gambar dalam satu sesi fotografi yang sama dalam akaun Instagram masing-masing.
Menerusi foto tersebut, mereka menggayakan aksesori serta jam tangan dari sebuah jenama popular.
Pun begitu masing-masing menulis kapsyen cinta dan dalam masa yang sama menyatakan ia merupakan quotes dari watak mereka dalam Perempuan Tanpa Dosa.
“A women who truly loves you will be angry with you for many things but will never leave you. – Lily,” tulis Uqasha.
Sementara Kamal menyataakan ia quotes dari Rizal.
“A man who truly loves you will never let you go no matter how hard the situation is. – Rizal,” tulisnya.
Menerusi tinjauan Gempak dalam komen-komen yang diberikan oleh pengikut mereka rata-rata mendoakan agar mereka lekas kahwin.
“Tolong lah cepat kahwin,” pinta salah seorang pengikutnya
“Macam gambar pre wedding,” teka salah seorang netizen
“Masa gambar ini lalu, ingatkan dah bertunang,” kata salah seorang warga net.
Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang kini sedang ditayangkan dalam slot MegaDrama di Astro Ria dan Ria HD setiap hari Isnin hingga Khami jam 10 malam.
Must-Watch Video