Pelakon-pelakon siri komedi Friends yang cukup hebat suatu ketika dulu membuat pengumuman secara rasmi bahawa mereka akan kembali dalam reunion show selepas 16 tahun episod terakhir ditayangkan pada 2004.

Jennifer Aniston, Courteney Cox, David Schwimmer, Matthew Perry, Lisa Kudrow masing-masing berkongsi gambar yang sama bersama kepsyen yang juga sama 'It's happening' di Instagram masing-masing.

It’s happening... ⁣ ⁣ ⁣ @hbomax⁣ @courteneycoxofficial⁣ @lisakudrow⁣ @mleblanc⁣ @mattyperry4⁣ @_schwim_

A post shared by Jennifer Aniston (@jenniferaniston) on


Gambar tersebut merupakan gambar daripada sesi fotografi untuk majalah Rolling Stone pada tahun 90an. Dikhabarkan bahawa setiap orang pelakon dibayar USD$2.5 juta (hampir RM10.5 juta) dan bakal ditayangkan di HBO Max pada May 2020.

Namun buat masa sekarang, selain daripada pengumuman tersebut, maklumat lain masih lagi dirahsiakan. Peminat-peminat Friends pastinya tidak sabar untuk menantikan kemunculan kembali mereka.

Siri komedi Friends mula ditayangkan pada tahun 1994 dan berakhir pada tahun 2004 selama 10 musim dengan jumlah 236 episod keseluruhannya.

Friends pernah memenangi beberapa anugerah besar termasuklah Anugerah Golden Globe, Screen Actors Guild Awards (SAG), People's Choice Awards dan banyak lagi.