Hiburan
Kongsi Video Umum Kehamilan, 'Surprise' Yang Elfira Loy Buat Untuk Suami Buat Ramai Cair!
Pelakon Elfira Loy telah pun bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf pada Selasa lalu.
Permata hati Elfira dan suami itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Seri Kembangan, Selangor.
Namun, menerusi entri terbaru di Instagramnya, Elfira berkongsi satu video lama ketika dia memberitahu suaminya, Muhamad Faris Khairol Anuar berhubung status kehamilannya.
Difahamkan, video terbabit tidak pernah dikongsikan kepada umum sebelum ini.
"Hari di mana saya memberi kejutan kepada suami tentang kehamilan yang saya sendiri tak beberapa pasti," tulis Elfira pada posting tersebut.
Menerusi rakaman video berkenaan, Faris dilihat terkejut dan tergamam dengan kejutan terbabit
"Seriuslah? Mengandung?" tanya Faris menerusi video itu.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen menyifatkan rakaman tersebut sebagai satu kenangan manis buat kedua-dua pasangan itu.
Kebanyakan mereka mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi sulung itu.
Anda boleh lihatnya di bawah:
Untuk rekod, Elfira berkahwin dengan Faris pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Must-Watch Video