Pelakon Datin Almy Nadia akui sedih melihat keadaan suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang didakwa telah diserang sakit misteri.

Menurut Almy, Fizz berubah menjadi tidak lalu makan serta sering termenung. Dia juga dilihat tak seceria dahulu selepas pulang dari penggambaran drama Malaysian Ghost Stories yang ditayangkan di Astro Ria pada jam 11 malam tadi.

“Memamg pasal kau (merujuk pada sedutan drama lakonan Fizz), laki aku kurus kering sakit tau … balik dari shooting cerita ni la, suami saya dilanda sakit misteri sampai tak makan tak minum 2 minggu..

“Sampai diserang sakit gastrik tau, walapun dah berubat tapi bekas sisa baki tu masih ada ya. Sekarang dah pulih tapi masih dia dilanda sakit termenung, moody, sakit, susah senyum dan tak ceria macam dulu…,” ceritanya.

Almy berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Almy memuat naik sedutan drama babak yang dilakonkan oleh Fizz yang ketika itu bersama topeng barongan.

Kata Almy, Fizz menjalani penggambaran drama tersebut di Gopeng, Perak.

“Semuanya berlaku selepas dia menjalani penggambaran drama ini di Gopeng. Di sebuah kampung Bernama Sahom.

“Realitinya aku sekarang tengah tekanan dan jadi sedih,sebab suami aku yang dulunya ceria, happy ja, tapi sekarang sakit tau… tekanan… nak pulihkan sakit dia bukan senang…,” luahnya lagi.

Terdahulu, Fizz dimasukkan ke hospital selepas lemah kerana dilaporkan tidak makan selama dua minggu dan mengalami sakit gastrik yang agak teruk.

Malaysian Ghost Stories merupakan drama himpunan cerita seram yang berbeza setiap episod yang ditayangkan pada Isnin hingga Khamis di Astro Ria jam 11 malam.

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)