Hiburan

Pernah Kena Siber Buli, Ara Johari Tak Kisah Komen Negatif Asalkan Tak Babitkan Keluarga - "Kalau Sentuh Keluarga Mungkin..."

gempak
Firdaus
02/08/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Pernah Kena Siber Buli, Ara Johari Tak Kisah Komen Negatif Asalkan Tak Babitkan Keluarga - "Kalau Sentuh Keluarga Mungkin..."
Penyanyi Ara Johari berkongsi dirinya pernah menjadi mangsa siber buli ketika di awal permulaan kariernya.

Beri Kesan Mendalam

Ara atau nama lengkapnya Nurfarrah Izzatie Johari, 27, mengakui komen-komen negatif yang diterima memberi tekanan dan kesan yang mendalam terhadap dirinya.

"Masa tu mental Ara memang sangat down...

"Ara pernah menjadi mangsa siber buli, masa Ara kena tu Ara belum bersedia untuk menghadapi situasi itu sebab Ara baru sahaja masuk dalam industri.
"Masa tu mental Ara memang sangat down, takut nak jumpa orang sebab Ara rasa orang tak suka Ara.
"Netizen ni sebenarnya mereka suka orang melayan, jadi bila dah lama Ara ambil komen mereka sebagai sesuatu yang positif dan ubah diri Ara seperti yang mereka mahukan," katanya.
Bercerita lebih lanjut, pelantun lagu Bunga itu ketika ditemui di sidang media pelancaran single terbaharunya yang berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain yang berlangsung di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya juga mendedahkan pernah dikecam dan dibandingkan dengan Misha Omar kerana bertanding dalam satu pertandingan nyanyian berprestij.
"Masa Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), masa tu Ara dapat nombor dua dan Kak Mitch (Misha Omar) nombor tiga disebabkan itu Ara dikecam teruk.
"Saya dibandingkan dengan Kak Mitch. Masa tu Ara tak tahu nak tangani situasi tu, tapi bila dah lama-lama Ara dah biasa.
"Sebenarnya Ara tak kisah orang nak komen apa, tapi jangan sentuh keluarga sahaja, sebab kalau sentuh keluarga mungkin Ara akan melenting," jelasnya ketika ditemui Gempak.

BERITA TRENDING: Dapat Mesej Lucah, Ara Johari Tak Anggap Penampilan Feminin Punca Gangguan Seksual

BERITA TRENDING: Ara Johari Pelik Kenapa Ramai Dakwa Dirinya Semakin Kurus

BERITA TRENDING: Delulu Bukan Lagu Ara Johari Sindir Sesiapa! - "Ia Bawa Mesej Ringan, Sekadar Hiburan"

BERITA TRENDING: Ara Johari ‘Rebranding’ Genre Muzik, Single Baharu 100% Berbeza Daripada Karya Sebelumnya

Dalam perkembangan lain, Ara Johari baru sahaja melancarkan single terbaharunya yang berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL) di semua platform streaming pada 31 Julai lalu.
Lagu berkenaan merupakan ciptaan komposer daripada Indonesia, Ilham Baso yang sebelum ini pernah menyumbang karya-karya kepada penyanyi popular seberang seperti Judika.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live