Hiburan

Lakon Babak Seakan-Akan Bermesra, Ini Respons Hariz Hamdan…

Asyikin Mayudin
30/05/2024
00:55 MYT
Pelakon Hariz Hamdan terbuka untuk melakonkan babak yang memperlihatkan dia seakan-akan sedang bermesra dengan aktres wanita dalam sebuah drama.

Terbuka Lakon Babak Yang Diperlukan

Hariz berkata dia hanya akan melakonkan babak itu jika ia dapat menguatkan lagi karakternya sebagai seorang lelaki kaki perempuan atau ‘playboy’.

“Saya okay saja untuk buat babak begitu, tapi asalkan babak itu dapat menguatkan lagi karakter saya. Bagi saya, apa yang saya buat, saya hanya seorang pelakon.

“Sebagai seorang pelakon, saya hanya mengikut arahan pengarah dan saya terima idea pengarah. Lagipun pengarah juga ada menerima idea saya juga.

BERITA TRENDING: THSS: Stacy Tak Marah Orang Kata Menari Nampak Mengah - “Memang Betul Benda Tu Kena Jaga”

“Bagi saya, babak sebegitu dalam drama, watak sebagai Farouq seorang yang playboy… dengan babak itu dapat menguatkan lagi karakter Farouq supaya orang tengok.
“Jadi penonton dapat lihat karakter seorang playboy begitu. Benda yang menguatkan lagi untuk karakter, saya okay saja,” kata Hariz kepada Gempak.

Bersedia Terima Kecaman & Kritikan

Bukan sahaja itu, Hariz juga sudah bersedia menerima sebarang kecaman dan kritikan menerusi babak yang memperlihatkan dia menayangkan badan dalam drama itu.

BERITA TRENDING: Leona Dedah Pernah Bekerja Sebagai Waitress Di Sebuah Hotel Di UK - “Saya Nak Cuba Semua Pekerjaan”

“Sudah tentu saya dah bersedia terima kecaman dan kritikan, lagi-lagi kalau ada babak buka baju. Tapi bagi saya, I’m okay with it. Macam saya tahu di mana kedudukan saya sebagai seorang pelakon.
“Saya tidak menonong untuk buat babak buka baju. Kalau babak itu memerlukan dan kena di tempat dan masanya, bagi saya, I’m okay with it. Contoh kalau babak mandi, mana ada orang mandi pakai baju kan.

BERITA TRENDING: Bekas Kekasih Influencer Popular Tampil Spill The Tea? - “Kalau Betul Kau Tak Salah..”

“Saya okay untuk buka baju dalam sebuah drama, tapi asalkan kena dengan situasi dan keadaan. Sudah tentu sebelum penggambaran ada berbincang dengan pengarah dan pelakon lain, perlu ke saya buka baju untuk babak.
“Kalau memang babak itu sesuai dan okay, memang memerlukan saya buka baju, saya akan buat. Tapi bukan la saya cakap semua babak saya okay saja nak buka baju,” ujarnya.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Tak Pernah Keluarkan Kenyataan ‘Jilat’, Babak Itu Hanya Sekadar Cium Kaki” - Hariz Hamdan

gempak
24/07/2024
02:55 MYT
Pelakon Hariz Hamdan tampil menjelaskan mengenai tajuk sebuah artikel yang mengatakan dia melakukan babak ‘menjilat kaki’ aktres senior Farah Ahmad dalam drama Astro Original berjudul X-Change yang mengundang kecaman netizen.
Hiburan

“Babak Itu Jijik…” - Hariz Hamdan Akui Sukar Lakukan Aksi Cium Kaki

gempak
05/07/2024
13:12 MYT
Pelakon baharu, Hariz Hamdan mengakui dia perlu mencium kaki pelakon senior, Farah Ahmad demi menjayakan babak dalam drama terbaru Astro Original berjudul X-Change.
Hiburan

Hariz Hamdan Dibenci Kerana Farouk, Ada Makcik Siap Marah Lepas Makan - “ Dia Duduk Sebelah, Pandang-Pandang Lepas Tu…”

gempak
03/07/2024
00:58 MYT
Pelakon, Hariz Hamdan mengetahui dirinya dibenci gara-gara membawakan watak Farouk dalam drama Bunga Salju.
Hiburan

Meerqeen Suka Karaoke, Mierul Aiman Ditahan Peminat, Sharifah Sakinah Hantu Paling Slay! Ini Antara Perkara Menarik Di Acara Hello Putrajaya

gempak
25/06/2024
09:55 MYT
Astro terus membawakan pengalaman baharu untuk lebih dekat kepada pelanggan menerusi Jelajah Hello di seluruh di bandar di Malaysia.
Drama

Hisyam Hamid Gementar Jadi Lelaki ‘Autisme’, Hariz Hamdan Pula Tak Sangka Lakonan Jahat Menjadi Dalam Drama ‘Bunga Salju’

gempak
19/06/2024
06:55 MYT
Pelakon Hisyam Hamid mendedahkan buat kali pertama dia membawakan watak seorang lelaki autisme dalam drama siri yang sedang ditayangkan di Astro Ria iaitu Bunga Salju.