Pelakon Zara Zya bersedia menerima kecaman apabila membuat keputusan menyertai Super Spontan Xtravaganza (SSX).
Menurut Zara, kecaman itu adalah perkara normal dan dia menerima semuanya dengan hati terbuka.
"Lakonan dan nyanyian saya pun dikecam inikan pulak melawak. Netizen sekarang nak kutuk, nak komen hanya di hujung jari.
"Saya sebagai selebriti haruslah menerima semua ini dan mencuba untuk memperbaiki diri. Saya tak akan berhenti belajar," kata Zara.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin turut menjelaskan dirinya menyertai program SSX hanya untuk berseronok dan mencari pengalaman baru.
SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Bertemakan 'tukang masak', SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej 'tukang masak jalanan' dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej 'tukang masak di hotel'.
Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.
Setiap kumpulan akan dikritik dan dinilai oleh dua juri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri tempatan.
SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.
Teks: Noor Zulaikha Yusof