Penyanyi Kaka Azraff akui terpaksa membawa anaknya Aslan Adam, 2, ke sesi latihan untuk persembahan Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang dijadual berlangsung pada 14 Mac depan.

Menurut Kaka, meskipun bukan mudah bagi seorang ibu untuk bekerja tapi dia tidak mahu menjadikannya alasan.

“Practice… Terpaksa bawa anak. The struggle is real, but we got to do what we gotta do.

“Ada anak bukan alasan. Lantak lah orang nak cakap apa. Mommy semua mesti faham, kan?

“Yang penting, Aslan happy dapat jumpa rapper favourite dia @ikhwanlee94 and @kuning.langsat,” katanya.

Kaka berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan dia memuat naik aksi anaknya yang bersama-samanya berlatih di dalam sebuah studio.

Kaka menjalani latihan bersama Ikhwan Lee dan Loca B untuk AJL ke-35 yang bakal berlangsung pada 14 Mac 2021.

Mereka bakal berentap dan mempersembahkan lagu Gila.

Entri tersebut bagaimana pun mendapat pengikut Kakak yang lucu melihat gelagat Aslan yang seperti cuba meniru tarian ibunya.

A post shared by K A (@kakaazraff)