Laman Utama

"Lantaklah Depa Nak Cakap I Tak Patuh SOP" - Netizen Suka Judge, Ini Penjelasan Ezzaty Abdullah

gempak
ZULHILMI JALIL
18/01/2021
10:20 MYT
Sponsor Banner
"Lantaklah Depa Nak Cakap I Tak Patuh SOP" - Netizen Suka Judge, Ini Penjelasan Ezzaty Abdullah
Pelakon Ezzaty Abdullah menjelaskan bahawa semua gambar dan video yang dimuat naik di Instagram miliknya bukanlah menggambarkan situasi semasa yang sedang dilakukannya.
Sebaliknya, menurut Ezzaty kesemua hantaran yang dikongsikan kepada umum selama ini merupakan rakaman yang diambil beberapa hari sebelum satu-satu posting itu dibuat.
"Pertama dan terakhir saya terangkan di kapsyen. Lepas ini, lantaklah depa nak cakap saya tak patuh SOP (prosedur operasi standard) ke, suka keluar rumah ke, suka hati depa lah.
"Saya tahu apa saya buat. Insya-llah sentiasa cuba patuh SOP demi anak. Yang penting, saya tak pernah muat naik gambar hari yang sama. Simpan gambar dua ke tiga hari baru muat naik, itu paling cepat.
"Kadang-kadang simpan sebulan atau seminggu baru muat naik," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Ezzaty berkata demikian sebagai penjelasan kepada dakwaan segelintir netizen yang kononnya dia tidak mematuhi SOP semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan apabila dilihat keluar beriadah bersama anaknya.
Menurut Ezzaty, apa yang penting, dia sentiasa patuh dengan perintah dan arahan yang dikeluarkan kerajaan.
"Disebabkan ada segelintir netizen yang suka judge (menghukum) melalui gambar tapi tak ikuti pun Instagram Story, kita letaklah #THROWBACK #THROWBACK #THROWBACK #THROWBACK #THROWBACK.
"Tak tahulah kalau tak nampak jugak kan. Siapa tengok IG Story saya minggu lepas sebelum PKP mesti nampak video-video kami lari ni.
"Apapun, tempat ni 10 meter sahaja dari pintu rumah saya. Kalaulah gambar ni gambar tadi pun, kerajaan bagi sahaja kita jogging dan berbasikal yang penting 10KM dari rumah, ni 10 meter," jelasnya.
Sebagai info, PKP kini sedang berlangsung di tujuh negeri sehingga 26 Januari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024