,
Laman Utama

8 Jam Kebakaran Wisma Jakel Tak Berjaya Dipadam, Anggota Bomba Laungkan Azan - "Angin Kuat Ditambah Pula..."

Syafiqah Jalal
02/01/2023
08:51 MYT
Anggota bomba laungkan azan antara ikhtiar dalam usaha pemadaman Wisma Jakel di sini pada Ahad.
Pasukan Bomba Sukarela Gombak menerusi perkongsian Facebook memaklumkan, anggotanya yang terlibat berdepan pelbagai kesukaran dalam melakukan usaha pemadaman.
"Dah hampir lapan jam kami di Jakel Shah Alam, kebakaran masih belum dapat dikawal sepenuhnya dan pihak bomba masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.
"Sudah empat atau lima orang anggota kami melaungkan azan, faktor angin kuat ditambah pula dalam kedai ini penuh barangan tekstil menyebabkan kerja-kerja pemadaman agak sukar dan memakan masa," katanya pada Ahad.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, kerja pemadaman pada mulanya dijalankan melibatkan bangunan lima tingkat menempatkan gedung beli-belah tersebut.
"Pemadaman mula dijalankan pada jam 7.12 pagi melibatkan ruangan beli-belah di wisma tersebut.
"Api yang marak kemudiannya merebak ke bahagian bangunan bersebelahan melibatkan tempat penyimpanan atau stor barangan jualan yang meliputi kain, baju dan bahan untuk menjahit termasuk permaidani dan pakaian untuk majlis perkahwinan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Katanya, cabaran yang dihadapi anggota bomba adalah keadaan ruangan yang padat dengan barangan.
"Anggota menghadapi kesukaran untuk memasuki dalam bangunan yang padat dengan barangan.
"Kami kemudiannya terpaksa menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP), pemadaman dilakukan dari bahagian luar bangunan," katanya.
Menurutnya, api kemudian berjaya dikawal kira-kira jam 3 petang.
"Usaha pemadaman terus dijalankan dan api kemudian berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 5.12 petang," katanya.
Pada Ahad, Wisma Jakel yang menempatkan gedung jualan pakaian dan stor barangan terbakar dalam kejadian sekitar 7 pagi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 7.08 pagi.
Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bomba Potong Dua Cincin Tersekat Pada Kemaluan Lelaki

gempak
17/11/2024
04:55 MYT
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi memotong dua cincin yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Kedah pada Sabtu.
Hiburan

Cik Epal Semakin ‘Mendonia’, Terima Lamaran Jadi Duta Pula - “Alhamdulillah, Rezeki Dapat…”

gempak
11/11/2024
01:47 MYT
Usahawan dan pempengaruh, Cik Epal meluahkan rasa syukur apabila telah dipilih menjadi duta bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Hiburan

ASA 2024: Astro Berjaya Raih 13 Anugerah, Teguhkan Dominasi dalam Dunia Hiburan!

gempak
27/10/2024
06:34 MYT
Syarikat hiburan dan kandungan terkemuka Malaysia, Astro berjaya merangkul 13 anugerah pada Anugerah Seri Angkasa 2024 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Sabtu.
Berita

Bomba Potong Cincin Sangkut Pada Alat Sulit Lelaki

gempak
09/09/2024
12:55 MYT
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi khidmat khas memotong cincin besi yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.
Viral

Pantas! Netizen Puji Pasukan Bomba Sampai Ke Lokasi Kebakaran Kurang Dari 10 Minit - “Saya Sangat Kagum Dengan…”

gempak
07/09/2024
02:55 MYT
Menerusi video yang dikongsikan @cymfvlkrum dilaman TikTok dia sangat kagum dengan tindakan pasukan bomba yang tiba dilokasi kebakaran kurang daripada 10 minit.
Unitar