HIBURAN
“Lebih Baik Reward Diri Daripada Dikhianati” - Cik Epal Kongsi Foto Beli Kereta Jenama Mewah
Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa keping foto dan video bersama sebuah kereta baharu yang dipercayai miliknya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud, meluahkan rasa syukur kerana berpeluang memiliki sebuah kenderaan mewah jenama Mercedes-Benz G-Class yang dianggarkan bernilai RM1.79 juta.
Kongsinya, pembelian kereta tersebut adalah sebagai hadiah buat dirinya sendiri selepas melalui pelbagai cabaran dan dugaan, khususnya selepas bergelar ibu tunggal.
“Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi dapat beli kereta raya. Lebih baik lah beli kereta reward untuk diri sendiri daripada bagi kereta dekat orang tapi dikhianati dan tidak dihargai.
“Yang benar, Cik Epal, founder @makajihq yang gonjeng,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rramai rakan artis serta netizen mengucapkan tahniah atas pencapaian Cik Epal dan turut mendoakan yang terbaik buatnya.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:

Terdahulu, Cik Epal pernah mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 sebelum rumah tangganya mula bergolak selepas bekas suaminya, Jofliam didakwa berlaku curang dengan pembantu peribadi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukan perusahaan pizzanya.
Mereka kemudiannya berpisah setelah sedekad melayari bahtera perkahwinan bersama.
BERITA BERKAITAN: Dakwaan Bergaduh Tak Benar! Cik Epal & Ojen Masih Berkawan, Anas Zahrin Jadi Bukti - “Kami Jarang Berjumpa Bukan Sebab Tak Bertegur Sapa”
BERITA BERKAITAN: Cik Epal Bakal Dedah Kebenaran Tentang Kereta Mustang Jofliam - “Bila Dia Dah Mula Bawa Beti** Hamak Naik Memang Aku Tak Benarkan”
BERITA BERKAITAN: Cik Epal Dedah Gelaran Chef Pizza Jofliam Tak Diiktiraf - “Cara Dia Dapat Tu Macam Semua Orang, Asal Ada Duit”
BERITA BERKAITAN: Alami Depresi Ketika Masih Bergelar Isteri, Cik Epal Pernah Terfikir Untuk Akhiri Hidup - “Sebab Mental Aku Dah Penat”
Must-Watch Video