HIBURAN
Lebih Sebulan Tinggalkan Keluarga, Amar Baharin Balik Malaysia Awal Pada Khamis Ini - “InsyaAllah”
Pelakon, Amar Baharin, mengambil peluang beribadah di Madinah sempena bulan Zulhijah sebelum pulang ke tanah air.
Kongsi Amar, dia akan pulang lebih awal iaitu pada Khamis ini selepas menyertai misi kayuhan #JourneyToTanahHaram bersama penjelajah Grand Slam Negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin.
“Tak jadi balik Jumaat. Awal lagi. Khamis sampai Kuala Lumpur Insyaallah,” kongsi Amar.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Amyra Rosli itu juga memaklumkan dia akan bergerak pulang dengan menaiki pesawat bukannya berkayuh.
“Balik naik flight bukan kayuh,” tutupnya.
Terdahulu, Amar memaklumkan kembara kayuhannya ke Madinah dalam misi Journey To Tanah Haram tamat.
Untuk info, Amar memulakan kayuhan pada 27 April lepas dengan merentasi beberapa negara antaranya melalui Thailand, Iran, UAE dan Arab Saudi dengan berbasikal serta menggunakan pengangkutan darat dan udara.
Must-Watch Video