Laman Utama

Lee Zii Jia Mengidam Nasi Lemak Sebaik Sampai KLIA, Ramai Wanita Tawar Diri Nak Masakkan!

gempak
Azwa Rahman
03/08/2021
14:32 MYT
Sponsor Banner
Lee Zii Jia Mengidam Nasi Lemak Sebaik Sampai KLIA, Ramai Wanita Tawar Diri Nak Masakkan!
Jaguh badminton negara Lee Zii Jia mencuri perhatian ramai apabila memaklumkan dia mengidam nasi lemak sebaik sahaja menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang Isnin.
Menerusi laman sosial Instagram (IG), Zii Jia memuat naik foto kumpulan bersama pasukan badminton yang berjuang di Sukan Olimpik Tokyo 2020 untuk tatapan umum.
Malah menerusi ruangan IG story, Zii Jia yang kini sedang menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di sebuah hotel dilihat mencari nasi lemak di menu makanan yang tersedia namun kecewa apabila hidangan tersebut tiada dalam senarai.
“Akhirnya, tiba di Malaysia. Sudah terbau nasi lemak yang saya idamkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terutamanya wanita ‘menawarkan’ diri untuk memasak nasi lemak yang diidamkan oleh anak kelahiran Kedah itu.
Selain itu, ada juga yang mengusik mahu menghantar nasi lemak ke hotel penginapan Zii Jia.
Encik mau nasi lemak ke? Esok saya masakkan tapi lagi dua minggu baru boleh rasa,” komen seorang wargamaya.
Saya boleh masakkan nasi lemak hehe,” kata seorang wargamaya.
Yeay safely arrived. Okay esok nasi lemak 8am,” usik seorang wargamaya.
Meh datang rumah saya, saya buatkan nasi lemak untuk awak,” tulis seorang wargamaya.
Nasi lemak yang awak rindukan? Saya??” tanya seorang wargamaya.
Saya dah terbau nasi minyak di majlis kahwin kita,” ujar seorang wargamaya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live