Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan keletihan sehingga tidak dapat berjalan di Kampung Kionsom Baru, Tamparuli di sini pada Ahad.

Memetik Sinar Harian, Sungkit Akup, 94, dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas keluar dari rumahnya pada jam 5.55 petang Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohd Nor Amit berkata, pihaknya hanya menerima panggilan berhubung kehilangan warga emas itu pada jam 3.02 petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja Sesat Di Bukit Broga Ditemui Meninggal Dunia Jatuh Gaung

ARTIKEL BERKAITAN: Sekumpulan Lelaki Dakwa Diri Pengikut Agama Imam Mahdi, Siap Cabar Ustaz Untuk Berdebat - “Panggil Ustaz-Ustaz Yang Hebat…”

ARTIKEL BERKAITAN: Gila! Paranormal Terkenal Kata Suami Isteri Boleh Tukar Pasangan, Asal Suka Sama Suka

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Yang Hilang, Keretanya Ada Di Sini!” - Sekeluarga Sesat Dalam Parking Mall, Lepas Satu Jam Baru Jumpa Kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Salah Tafsir Al-Quran, Ajaran & Minuman Si Hulk Difatwakan Sesat!

"Mangsa dikatakan tidak pulang selepas keluar dari rumahnya. Operasi mencari dan menyelamat segera dilakukan oleh pasukan bomba.

"Bagaimanapun, pada jam 4.29 petang mangsa ditemukan oleh penduduk kampung yang kebetulan lalu di kawasan hutan iaitu kira-kira satu kilometer dari dia dilaporkan hilang," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pasukan bomba juga terpaksa menggunakan pengusung bagi membawa mangsa keluar dari hutan tersebut.

"Mangsa tidak dapat berjalan menyebabkan anggota bomba mengusungnya menggunakan pengusung sebelum dihantar ke hospital," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.