Gara-gara memiliki rambut panjang paras bahu, seorang jejaka ‘ditegur’ oleh seorang wanita dengan memintanya untuk mengenakan pakaian yang sopan dan menutup rambut.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di TikTok, lelaki itu dilihat sedang merakm perbualannya dengan wanita tersebut.

Disuruh pakai jubah

Berikut merupakan perbualan antara lelaki tersebut dengan wanita berkenaan:

“Kamu harus memakai jubah. Pergi bawah dan pakai jubah.'

“Saya lelaki.”

“Ye tahu, kamu lelaki, kamu kena pakai baju tutup… rambut… topi."

“Saya lelaki.”

“Saya tahu, tapi tak boleh macam ni.”

“Tak boleh macam mana… tak faham. Saya bukan perempuan, rambut tak payah tutup, bukan aurat.”

“Aduhai…"

Rakaman tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial:





Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 1.9 juta pengguna TikTok dan menerima lebih 8,500 komen.

Foto hiasan: Rumman Amin (Unsplash)
Sumber: TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: “Teringin Tengok Diri Saya Kurus Tapi Rambut Panjang” - Hafiz Suip

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Cina, Queenzy Cheng Didakwa Meninggal Dunia Kerana Pengering Rambut