Viral

Lelaki Ini Masuk Dalam Keranda, Temani Jenazah Bapanya Buat Kali Terakhir

gempak
Gempak
28/04/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Ini Masuk Dalam Keranda, Temani Jenazah Bapanya Buat Kali Terakhir
Kehilangan seseorang yang amat disayangi untuk selamanya merupakan momen paling pahit bagi setiap manusia. Sementelah sosok berkenaan memiliki peranan besar atau amat bernilai dalam kehidupan kita.

Momen terakhir

Seperti yang dialami pemilik akaun TikTok @Hil.Lahay01 ini, dia sempat bersama dengan jenazah arwah bapanya, melalui momen-momen terakhir sebelum jasad figura yang disayangi dikebumikan.
Namun, apa yang berbeza, individu ini menemani jenazah bapanya terus di dalam keranda.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, lelaki itu dilihat berada dalam keranda yang berlapis kain berwarna hijau.
Lelaki itu dilihat meletakkan kepalanya di atas tubuh jenazah ayahnya yang sudah dikafankan.

Dekat dengan arwah

Menurutnya, hal tersebut dilakukannya agar dapat memandang dan dekat dengan ayahnya untuk kali yang terakhir.
Hal ini kerana, ibunya juga telah pergi dijemput Ilahi belasan tahun lalu.
“Aku masuk ke dalam keranda menemani papa sampai di rumah baharunya.
“Mama aku sudah pergi lebih awal di tahun 2006, ketika aku masih kecil,” katanya,
Setibanya di tanah perkuburan, lelaki itu juga terlihat mengantar sang ayah hingga ke liang lahat, dibantu sejumlah kaum keluarga dan orang ramai.
Memetik laporan Viva, lelaki itu berasal dari Gorontalo, Sulawesi Tengah.
Sumber: Viva

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Gurauan Tentang Kematian Ahli Keluarga, Netizen Anggap ‘Dark Joke’ Biadab?

ARTIKEL BERKAITAN: “Esok Aku Mati Pun Tak Mahu Naik Batu Bagai” – Kak KM

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live