Berita
"Lepas Ini Saya Akan…" – Muat Naik Status Berbaur Sindiran, Idzham Ismail Mohon Maaf
Pelakon Idzham Ismail memohon maaf terhadap mana-mana pihak yang tersinggung dengan status yang menemplak rakan industri yang dimuat naik di Twitter baru-baru ini.
Menurut Idzham, 31, status yang dikatakan berbunyi seperti sindiran itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak secara peribadi, sebaliknya hanyalah sebagai satu bentuk perkongsian pengalamannya sahaja.
"Dengan rendah diri, saya ingin meminta maaf atas perkataan saya di Twitter sehingga menyebabkan artikel ini dikeluarkan. Tiada niat saya sebenarnya untuk tuju kepada sesiapa berkenaan tweet saya.
"Saya ingin berkongsi pengalaman dan disiplin tentang saya bekerja apabila mendapat watak watak tertentu dan silap saya tanpa saya sedar, perkataan yang saya gunakan seperti riak dan boleh membuat orang yang membaca salah faham tentang orang lain.
"Lepas ni saya akan cuba berhati-hati dalam penulisan saya supaya tidak menyinggung mana-mana pihak," tulisnya.
Kenyataan permohonan maaf tersebut dikongsikan pelakon Juvana itu menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Difahamkan, ekoran status berbaur sindiran yang dikongsikan sebelum ini, terdapat beberapa rakan artis dikatakan tersinggung dengan kenyataannya.
Terdahulu, status pelakon yang popular dengan watak Panjang itu menimbulkan tanda tanya ramai pihak mengenai gerangan individu yang cuba dimaksudkan dalam status Twitternya.
Must-Watch Video