Berita

"Lepas Putus Tunang, Abe Pindah Jauh Dari KL, Konon Nak..." - Hafreez Adam Dedah Pernah Tumpang Rumah...

gempak
ZULHILMI JALIL
05/01/2021
03:20 MYT
Sponsor Banner
"Lepas Putus Tunang, Abe Pindah Jauh Dari KL, Konon Nak..." - Hafreez Adam Dedah Pernah Tumpang Rumah...
Pelakon Hafreez Adam mendedahkan dirinya pernah membuat keputusan untuk berpindah jauh dari ibu kota selepas mengalami episod putus tunang dengan aktres, Zara Zya.
Menurut Hafreez tindakan itu dibuat berikutan hasratnya yang mahu cuba mencari lokasi yang boleh memberi ketenangan kepada dirinya saat itu.
"Memang kehidupan Abe kebanyakan hanya rumah ke tempat kerja. Masa lockdown, Abe tak tinggal dengan keluarga sebab lepas putus tunang, Abe pindah jauh dari Kuala Lumpur.
"Konon nak tinggal dekat tempat yang tenanglah," katanya yang mengimbas kembali perjalanan tahun 2020 menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Begitupun katanya, dia kemudian menumpang di rumah keluarga sahabatnya selama tiga bulan selepas berdepan beberapa masalah termasuklah rumahnya disabotaj individu tidak bertanggungjawab.
"Bagaimanapun, ketika penggambaran, sekitar satu minggu sebelum lockdown, rumah Abe kena sabotaj. Orang tanggalkan fius elektrik utama.
"Kemudian, kawan Abe ajak tinggal dekat rumah keluarga dia. Kebetukan rumah kami tak jauh, Jadi, saya tinggal di sana. Tiga bulan tak jumpa keluarga. Masa tu lah mula duduk dan fikir balik fasal kehidupan Abe," kongsinya.
Biarpun berdepan dengan segala rintangan pada 2020, kata Hafreez dia bersyukur kerana dia mampu menerima segala dugaan itu dari sudut positif.
"Saya banyak berfikir, nilai balik diri sendiri. Abe fikir balik apa nak capai dan bila nak capai semua matlamat tu dan Abe jadi sangat tenang.
"Ada matlamat yang Abe nak capai tahun lepas, tak capai, namun, Abe okay. Abe tengok semua benda sekarang ada hikmahnya.
"Abe pindah ke Kuala Lumpur balik dan bawa ibu dan adik-beradik tinggal sekali," katanya yang menyifatkan tahun lalu merupakan fasa yang tenang buat dirinya.
Justeru, sempena kedatangan tahun baru ini, kata Hafreez, dia mahu memulakan satu perjalanan baharu.
"Dari segi kerjaya, Abe banyak diam tahun lepas, sampai orang ingat Abe dah tak aktif lagi. Begitupun, sepanjang tahun lepas, Abe dah siapkan dua drama bersiri.
"Secara keseluruhan, saya teruja untuk 2021. Abe cuma nak minta tolong semua untuk doakan supaya semua urusan Abe dipermudahkan," katanya.
Sebelum ini, Hafreez dan Zara pernah mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober 2019 sebelum dilaporkan terlerai sebulan kemudian.
BACA: Tak Sefahaman, Zara Zya & Hafreez Adam Putus Selepas Sebulan Bertunang
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live