Skip to main content

Berita Tempatan

Lesen Motosikal B2 Akan Dinaiktaraf Ke B Tidak Lama Lagi

astro_gempak_naiktaraf-lesen-b2.png

Menurut laporan Utusan Malaysia, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan sudah pun dibuat berhubung cadangan pernah disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mencadangkan penaiktarafan lesen memandu motosikal kelas B2 kepada B secara automatik dibawa kepada Kementerian Pengangkutan untuk diteliti terlebih dahulu.

Ahmad Zahid menyatakan tiada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen Kelas B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.

Justeru, antara mekanisme yang dipertimbangkan adalah tempoh masa memiliki lesen B2 dan had umur yang dibenarkan untuk berbuat demikian.

Sumber: Utusan Malaysia

Must-Watch Video

Advertisement