Hiburan

"Ligament Kaki Saya Koyak Ketika Terjun Dari…" - Hairul Kongsi Detik Cemas Di Set Penggambaran Wira

gempak
Hanafis Haris
03/05/2019
11:00 MYT
Sponsor Banner
"Ligament Kaki Saya Koyak Ketika Terjun Dari…" - Hairul Kongsi Detik Cemas Di Set Penggambaran Wira
Pelakon, Hairul Azreen, 31 mengalami kecederaan di bahagian kaki ketika sedang melakukan babak aksi lasak Jumaat lalu.
Difahamkan, bahagian ligament atau tisu pada kaki Hairul terkoyak ketika cuba melakukan babak terjun dari tingkat dua di set pengggambaran filem Wira.
Menurut entri di Instagramnya, Hairul mengucapkan terima kasih kepada rakan baiknya Hafizul Kamal serta krew produksi yang membantunya sepanjang di menjalani rawatan.
“Ligament kaki saya terkoyak masa buat stunt terjun dari tingkat 2 , doakan saya boleh kembali beraksi semula untuk filem Wira.
"Terima kasih @hafizulkamal hantar saya ke hospital. Terima kasih produksi @act2pictures bayarkan bill saya, hati sedih Tuhan je tahu.
"Benda yang saya harap tak jadi, untuk kali ini tapi jadi juga. Saya terima dugaan ini dengan hati terbuka," katanya di Instagram.
Selain peminat, rakan artis turut memberi kata-kata semangat di ruang entri terbabit. Antaranya termasuk lah Farid Kamil, Josiah Hogan dan rakan filem PASKAL, Theeban G.
Untuk pengetahuan anda, Hairul kini sedang melakukan penggambaran filem Wira arahan Adrian Teh yang turut dibintangi Henley Hii, Josiah Hogan dan Dain Said.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live