BERITA
"Look Like A Cute Bear" - Aksi Tarian Comel Hannah Delisha Curi Perhatian Netizen
Aksi tarian comel pelakon cantik Hannah Delisha mencuri perhatian pengikut laman Instagram miliknya.
Memuat naik aksi tersebut dengan hashtag #3BearsSongChallenge, lagu tersebut telah dinyanyikan Hannah dalam episod ke-10 drama bersiri Alamatnya Cinta.
Menariknya, aksi Hannah yang jelita dalam busana serba putih mendapat respon positif netizen yang memuji kecomelannya.A post shared by ?Hannah Delisha? (@hannahdelisha) on
"@hurainiz: You look so cute especially in white outfit!! Look like a cute bear already."
"@mairahusna_: Ala sumpah comel!"
"@masadid1990: Nyanyi sambil menari pun sedap."
"@azmidartcouture: Macam part cerita Full House kan? Teringat Song Hye Kyo menari macam tu lebih kurang."
Drama bersiri Alamatnya Cinta lakonan Hannah bersama Hisyam Hamid merupakan adaptasi drama bersiri popular Korea, Full House.
Selain Hannah dan Hisyam, drama bersiri tersebut turut menampilkan lakonan Alicia Amin, Fahad Iman, Cik Manggis dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Alamatnya Cinta di slot Megadrama, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.
Must-Watch Video