Wanita penghalau hantu yang kisahnya menjadi inspirasi filem ‘The Conjuring’, Lorraine Warren telah meninggal dunia minggu lalu pada usia 92 tahun.

Berita sedih ini diumumkan oleh menantu lelakinya, Tony Spera menerusi akaun Facebook.



Lorraine menghembuskan nafas terakhirnya semasa sedang tidur di rumah.

“She was a remarkable, loving, compassionate and giving soul. The family requests that you respect their privacy at this time”, tulisnya lagi.

Jika anda penggemar filem seram James Wan ini, nama Ed dan Lorraine Warren pasti tidak asing.



Pasangan ini pernah menyiasat kes-kes paranormal berprofil tinggi antaranya Lindley Stress Poltergiest, Smurl Haunting, West Point ghost, Perron farmhouse dan Amityville murders serta kes yang anda tonton menerusi filem ‘The Conjuring’.

Selain ‘The Conjuring’, antara kisah mereka turut membeli ilham bagi pengarah kelahiran Malaysia, James Wan untuk dijadikan filem adalah ‘Annabelle’ dan ‘The Nun’.

Suaminya, Ed Warren pula telah meninggal dunia pada tahun 2006.