Penyanyi Iman Troye meraih perhatian netizen apabila menziarahi pusara Allahyarham Siti Sarah baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Iman Troye atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabudin meluahkan rasa kerinduannya terhadap penyanyi itu kerana arwah dikatakan tidak pernah lupa untuk memberikan ucapan setiap kali tiba ulang tahun kelahirannya.

“Harini hari pertama untuk tahun 2024 dan baru baru ni birthday adik. Dulu Kak Sarah tak pernah missed wish birthday adik. Jadi adik datang harini sebab rindu, rindu sangat,” tulis Iman melalui hantaran tersebut.



Sementara itu, meninjau ruangan komen, ada yang tertanya-tanya, bagaimana Iman boleh rapat dengan arwah Sarah.

“Macam mana boleh rapat dengan arwah?” tanya seorang netizen.

Iman kemudian menjawab: “Iman minat arwah sejak sekolah lagi, kemudian minat viral suara sedap. Arwah surprise Iman time SPM. Dari situ lah mula rapat,” balasnya.


Berita Trending: Umie Aida Lebih Fokus Majlis Ilmu - “Alhamdulillah, Saya Makin Seronok”


Dalam pada itu, terdapat juga komen netizen yang masih berasa sedih dan terasa dengan pemergian arwah, selain memuji Iman kerana masih mengingati arwah Sarah walaupun tiada pertalian darah antara mereka.

Sekadar info, penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat COVID-19.